Followers

Saturday, May 30, 2009

Trip Penutup Mei di Perairan Tawau – 30.05.09 (Sabtu)

Trip mancing kali ini disertai oleh aku (http://gangpancingtawau.blogspot.com/), Rahul (http://gengpancingtawau.blogspot.com/), Zamri dan Ali “The Boat Man”.

Membeli umpan (udang hidup) di Perkampungan atas air “Ice Box”. Di sini memang ramai penjual udang hidup... dan bagi kaki pancing Daerah Tawau bekalan umpan langsung tidak menjadi masalah kerana ramai “penyiut” udang di sini… kali ini kami membeli udang sebanyak RM20.00… kira cukuplah utk 4 org pemancing.

Spot pertama kami ialah “takat” batu 4 memburu Ikan Kuli Balai.. dimaklumkan oleh juragan pd trip yg lalu kuli Balai ”mengamuk” di sini... Agak lama kami menunggu, walaupun arusnya ok.. buruan tak kunjung tiba, hanya beberapa ekor gelama & kerapu berjaya dinaikkan.... ”Ikan tak makan... kita makanlah” cadang siAli ”Bot Man”.... Setelah makan dan bersantai-santai kami pun beredar berdekatan dgn pemancing2 lain (ada 3 buah bot lagi)..

Tidak beberapa lama, Ali berjaya menaikkan ikan merah, diikuti Rahul (http://gengpancingtawau.blogspot.com/ ) dgn ikan Putih dan Zamri juga berjaya menaikkan ikan kuli Balai... aku masih menunggu... belum ada rezeki..
Sebelum air mula berarus deras beberapa ekor lagi berjaya dinaikkan... selepas itu kami berpindah lokasi ke muara ”batu 3”


Rahul dengan ikan putihnya yg pertama


Ali dengan Kuli Balai


Zamri & Ikan Kuli Balai


Menjelang jam 2.00 ptg kami tak menang tangan melayan gelama.. biasanya setiap org mengunakan 2 pancing ( 1 joran 1 koyan ).. tapi krn amukan gelama 1 pancing shj yg mampu diurus... merokokpun tak sempat.... keadaan berterusan sehinggalah umpan yg dibeli RM20.00 habis sapsai................

Hasil Tangkapan

INFO : a) Tangkapan : 3 ekor ikan putih
3 ekor Kuli Balai
1 ekor ikan Merah
2 ekor kerapu
Hampir satu tong ikan gelama

Monday, May 18, 2009

Trip Memancing di Laut Semporna - Ahad (17.05.09)

7.00 pagi - Bertolak dari Kg Bubul (Aku, zamri & Roy) ke Pekan Semporna membeli umpan dan bekalan...

8.00 pagi - Menaiki bot dari jeti nelayan ke lokasi memancing

8.30 pagi - Mula memancing dgn teknik berhanyut krn tiada jangkar (Sauh)

10.00 pagi - Hujan mula turun beserta dengan angin kuat... terpaksa ke tepi mengikat
tali perahu di bakau.

11.30 pagi - Memancing semula setelah cuaca baik

3.00 ptg - Pulang ke rumah (Bubul)

Zamri berlatarbelakangkan Seafest

Tangkapan pertama (kerapu)

Roy dgn tangkapannya yg pertama

anak kelisi


INFO : a) Hasil tangkapan - 1. Kelisi - Lebih 50 ekor
2. Ikan besar - Tiada
b) kesejukan di laut krn hujan

Santai di Jeti Pakalangan Semporna, Sabah - Sabtu (16.05.09)

Berkelah sambil memancing di Jeti Pakalangan (14 orang, 6 dewasa 8 kanak-kanak)

Menjamu selera

Zamri & Roy melihat pukat






Aisyah dgn babynya & my mem




makan sambil mancing


Anak2 mandi

Angah sabar menunggu pancing

Ain, Farid & Tapak Sulaiman

Along & Lia

Roy dgn kerapunya

Farid dgn hasil pancingannya


Zamri & abangnya Roy serta ikan sailor


Along, Zamri & Roy

Bersama ikan berbisa

Anak kerapu

Ijang & Ghirly serta ikan Bawal

Hasil tangkapan
INFO : 1. Perjalanan Tawau - Semporna(Bubul) - 110 km
2. Bubul ke Pakalangan - 10 km
3. Hasil Pancingan - Kelisi, kerapu, bawal, todak

Tuesday, May 12, 2009

Trip memancing di Bangingod, Lahad Datu (01.05.09 – 03.05.09)

01.05.09 (Hari pertama)

5.00 am –Bertolak dari Tawau ke Lahad Datu bersama isteri & anak2. Trip kali ini hanya dirancang 2 hari yg lalu. Perancang utama adalah Ghir(Tawau), Jang(Semporna) & Mishada (Lahad Datu).... kami suami2 hanya ikut aje.....

6.00 am – Sampai di persimpangan Kunak – Lahad Datu, kami menunggu ketibaan Zamri sekeluarga dari Semporna .. dan akan sama2 ke Felda Sahabat 16 seterusnya menaiki Hilux ke Kg. Bangingod.

7.00 am – Bertolak ke Lahad Datu dan sampai lebih kurang jam 8.30 pagi.... setelah membeli apa yang patut.. perjalanan ke Felda Sahabat 16 diteruskan..

10.30 am – Sampai di Sahabat 16....Setelah Solat Jumaat dan makan tengahari di rumah Azman di Sahabat 16... kami 3 keluarga memulakan perjalanan ke Kg. Bagingod dgn hilux kerana perjalanan ke situ hanya boleh dilalui kenderaan 4WD... Walaupun negara telah lebih 50 tahun merdeka, namun masih ada tempat sebegini terutama di Sabah & Sarawak... Semoga PM baru dengan slogan ”RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” keadaan ini dapat di atasi.... Sama2lah kita tunggu dan lihat..............


Felda Sahabat 16 ke Kg. Bangingod

Menunggu ombak reda

3.00 pm – Selamat sampai di Kg. Bangingod... mengikut perancangan awalnya kami akan berkhemah di pantai Bangingod (3 hari 2 malam).. tapi tidak kesampaian kerana cuaca pada awalnya baik bertukar menjadi mendung besertakan angin kuat......

5.00 pm- Setelah angin reda.. Kami (aku, azman & mishada, Zamri & ijang) turun juga kelaut, manakala Isteriku ”Ghirly” menjaga anak2 bermain di pantai.... setelah satu jam mancing...Alhamdulillah dapat juga kami naikkan ikan kerisi & pisang2 ke perahu

Anak2 bermain

Hasil tangkapan


Ain, Along & Lia

02.05.09 (Hari kedua)
Hujan yg turun semenjak awal pagi masih belum berhenti... kelengkapan memancing telah kami sediakan.. trip kali ini diharapkan dpt menaikkan ikan yg berskala besar..

9.00 am- Aku & isteri, Zamri & Jang turun ke laut.... Azman & Mishada tidak dpt joint kerana terpaksa pulang ke Felda 16... urusan kerja..

Oleh kerana keadaan laut masih bergelora... kami hanya mancing diperairan shj (kedalaman lebih kurang 3 meter).... jam 10.00 pagi... terpaksa pulang krn ada anggota yg telah surrendur!!!................
Bersama Zamri menunggu ombak reda














My Mem, Ijang & Zamri














Ikan pertama














Kelisi














Hasil pancingan 1 jam


4.00 pm- Kali ini kami (Aku, Azman & Mishada, Zamri & Ijang) turun semula ke laut dgn bot yg lebih besar.... setelah perahu yg satu lagi telah pecah kerana kesilapan teknik mengikat perahu di pantai pagi tadi...

Lokasi mancing masih lagi di tepi krn keadaan laut masih belum mengizinkan....Cuma alunnya mula kurang setelah matahari terbenam..... masa tidak mengizinkan.. kami pulang dengan tekad baru iaitu esok seawal jam 5.00 pagi kami akan ke tengah laut memburu spesis ikan yg lebih besar........

Ijang, Ghirly & Mishada
Farid, Lia & Babang

Suasana petang di Lautan Bangingod

Zamri & Jang bersama hasil tangkapan

Berkhemah di beranda rumah

03.05.09 (Hari ketiga)
10.00 am
- Perancangan tidak menjadi.. hujan turun sejak awal pagi... plan jam 5.00 telah bertukar ke jam 10.00..

Kami (aku, Mishada & Azman, Zamri & Ijang, Lalan ”Si Jangkar Man” & Si Otok) hanya dpt menaikkan ikan berskala kecil... ombak masih bergelora.....


Datuk sedang menurunkan ilmu memancing kpd cucu-cucu

Bersama Lalan "SiJangkar Man" & SiOtok

Azman dgn sotongnya.. diapit oleh Mishada & Ijang

Hasil pancingan sebelah petang
Angah, wani, Farid & Babang
Tiga beradik

Berposing di pantai


berunggun api

Ghirly & Ijang

3.00 pm- pulang ke rumah....bersiap utk ke Felda 16 dan seterusnya pulang Tawau....

11.00pm- Sampai kerumah (Tawau) kepenatan terus tidur..... esok kerja...

Insyaallah.... sebulan lagi cuti persekolahan pertengahan tahun (30.05.09).... Trip ”Fishing with family” akan disambung.... mudah-mudahan keadaan cuaca mengizinkan....

Keseluruhan perjalanan : 550 km (Darat)
Related Posts with Thumbnails

Sila Klik... please !!!