Followers

Sunday, June 21, 2009

Memancing di Perairan Tawau..Ahad (21.06.09 / 28 Jamadilakhir 1430)

Trip kali ini bersama Rahul (http://gengpancingtawau.blogspot.com/) & Ali "the boat man"... bertolak dari pengkalan "batu" jam 8.00 pagi


Membeli umpan udang hidup di ice box hujung, Tawau

Permandangan Tawau dari laut


Rahul & Ali bersantai2

bersama pari



Hasil tangkapan.... jam 2.00 ptg pulang

Friday, June 12, 2009

Ikan di laut, asam di darat - "Putrajaya vs Semporna" - Sabtu (06.06.09)

Ikan di laut, asam di darat.. di dalam periuk bertemu jua.....

Hari ni tiada aktiviti memancing kerana menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Hj. Abdul Taib (Al Raida) dengan pasangannya anak lelaki prof. Fakhrurazi (Mohd Saufi)... sebelah siang majlis akad nikah... sebelah malam majlis persandingan .. diserikan dengan persembahan tradisional Bajau (Nyanyian & Tarian Igal-Igal)... meriah sungguh........

Gang Pancing Tawau mengucapkan Selamat Pengantin Baru.. didoakan semoga dirahmati Allah & berbahagia hingga ke akhir hayat

07.06.09 (Ahad)

setelah 2 kali cubaan memancing di jeti berbayar Pakalangan (50 sen je..) & Jeti larangan, Semporna tidak membuahkan hasil lumayan...

Kami meneruskan percutian ke Lahad Datu, balik kampung.. mudah-mudahan "musim angin selatan" belum bermula.

11.00 mlm - sampai di rumah pakcik (Saurajan) di Sahabat 16, L.Datu... pagi keesokannya bertolak ke Kg. Bangingod bersama dgn Azman sekeluarga & Ijang sekeluarga

08.06.09 (Isnin)

Bersedia untuk memancing... perahu dah diturunkan, enjin sudah diangkat... malangnya perahu telah bocor menghentak buluh yg digunakan utk menurunkan perahu, ditambah lagi dgn tiupan angin selatan yg menjadi2..

Anak2 bermain perahu yg asalnya utk turun ke laut.. tetapi dicanselkan krn bocor


Memancing juga di pantai.. walaupun kebarangkalian dpt ikan 1% je...

09.06.09 (selasa)

10.00 mlm - bersama dgn Azman & Mishada mencuba nasib memancing di Jeti Sahabat 16.. beberapa ekor ikan & sotong berjaya dinaikkan... pulang rumah jam 3.00 pagi


Azman dgn hasil pancingannya



Sotong yg dpt dinaikkan guna sabit
Cuti persekolahan masih panjang, masih byk masa....... tungguu..

Trip ke Sungai Nipah, Tambisan, Sandakan - 11.06.09 (Khamis)

Malam Rabu dihubungi oleh seorang kawan lama Oyong@Majid@Nasir yg mengajak memancing di Sg. Nipah, Tambisan ( 60 km dari shbt 16).. memandangkan musim angin selatan dah bermula.. aktiviti di laut sebelah sini tidak dpt dilakukan krn ombak.. cadangannya melalui telefon terus aku ia kan... tambahan lagi tak pernah aku ke sana, keterujaan memuncak krn akan memancing dgn "otai pancing", kawan karib merangkap guru dlm arena memancing ini...

Lebih 10 tahun kami tak berjumpa setelah aku berhijrah ke Tawau, beliau juga mendapat kerja di Felda Sahabat.. Perkenalan bermula pada 03.12.1992 di Kg. Bangingod, L.Datu, tempat aku ditugaskan utk berkhidmat... perkampungan nelayan yg berhadapan dgn Laut Sulu yg terkenal dgn ikan & lanunnya... 5 tahun aku di situ, tempat yg amat asing bagiku... maklumlah aku berasal drp satu daerah pendalaman di Terengganu.. jauh dari laut, tapi aku cepat menyesuaikan diri.... setelah beberapa bulan aku di situ.. aku membeli sebuah bot kecil(muat utk 3 - 4 org).. siap utk menjadi nelayan.. majoriti penduduk adalah kaum Bajau, pekerjaannya adalah nelayan tradisional..

Pantang ada masa lapang, sememangnya terlalu byk masa terluang disini, maklumlah pada masa itu tiada bekalan elektrik, tiada tv, radio.. jln pun tiada utk ke bandar (L.Datu - Bangingod lebih kurang 100km)... jadi apa lagi, mancing lah aku... pagi,petang, siang, malam.... segala jenis ikan terdapat disini.. tenggiri, cupak, merah, GT, layaran, kerisi dll... tapi gelama tidak ada di sini.. akupun hairan kenapa..

Rekod ikan terbesar yg pernah aku dpt ialah layaran seberat ?? (3 org mengangkat ke darat) menggunakan pancing koyan, tangsi 100 lb)... sayang seribu kali sayang, kenangan itu tidak dapat diabadikan dlm btk gambar krn tiada kamera, handphonepun belum ada pada zaman itu... tapi segala kenangan terpahat kukuh di memori...

14.03.1998 tarikh aku berhijrah ke Tawau, setelah berkahwin dan mempunyai sorang anak "Along" dan mengambil kira faktor keselesaan & keselamatan (ancaman lanun, org kampung panggil "munduk").. Bangingod ditinggalkan bersama sejuta kenangan pahit manis. .. Semenjak itu aktiviti memancing terstop bertahun2... tetapi tak tahu apakah sebabnya hobi ini tiba2 muncul kembali pada tahun 2009 (setelah lebih 10 tahun)

Terkini trip ke Sg. Nipah bersama sahabat lama "Oyong" & "Totong". Target utama ialah ikan Leppe...

8.00 pagi - Bertolak dari felda Shbt 16 dgn kereta ke Kembara Sakti (38km) ke rumah Oyong.

9.00 pagi - Bertolak ke Sg. Nipah, Tambisan dgn motosikal, lalu blok kelapa sawit.

10.00 pagi - Sampai di perkampungan Sg. Nipah.. tidak terus memancing krn tiada umpan, tunggu penduduk kampung pulang dari memukat udang.

sambil menunggu umpan, kami memancing di jeti berumpankan roti.... ada juga ikan berjaya dinaikkan..



Ikan Pitang dinaikkan berumpankan roti

Oyong berjaya menyabit ikan belawis


12.30 t/h - bertolak dari jeti setelah membeli umpan udang 1 kilo (RM15.00).. dalam perjalanan mencuba trolling guna rapala.. ada juga kerapu yg dinaikkan (1 kilo)
01.00 ptg - mula memancing... ikan yg berjaya dinaikkan ialah Leppe, ketambak, ketumbang, pari, kerisi & kerapu yg bersaiz sederhana...



Ikan Leppe, first time aku dpt ikan ni




Oyong dgn ketumbang


pari pun ada



ikan ketambak



Totong dgn ikan ketambak


Hasil pancingan
4.30 ptg - Pulang
Ahad (14.06.09) pulang ke Tawau... cuti persekolahan tlh habis... kerja kita Isnin...
Jumpa lagi.....

Wednesday, June 3, 2009

"Menyambau" ketam & "Mengulang" sotong - Selasa (02.06.09)

"Menyambau" adalah salah satu teknik menangkap ketam, terutamanya di sungai (bakau)... penduduk tempatan memanggil alat ini sbg "Sambau", di tempat lain memanggilnya "tangkul", jaring dsbnya.... Umpan terlebih dahulu dipasang (ikan @ sotong @ ?) kemudian diletakkan dan dibiarkan di lokasi tertentu.... ketam akan terperangkap di dalam sambau....

Lokasi menyambau kami pada kali ini ialah di Sungai Senalang Lama, Semporna.... anak & isteri diangkut sama... sambil menunggu sambau, sungai senalang diduga... alhamdulillah ada juga ikan2 kecil mematuk.........

Zamri sdg memasang umpan


Anggota "menyambau"


beberapa ikan kecil berjaya dinaikkan


Antara ketam yang terperangkap


Pada sebelah malam aku, Zamri, Roy, "Den Bisa"& Adi "mengulang" sotong di Jeti Tampi-Tampi, Semporna... "Ulang" adalah sebutan utk "udang" bagi bangsa bajau, jadi "mengulang" sotong bermaksud teknik menggunakan udang tiruan untuk menangkap sotong..... walaupun terdapat kelibat sotong di permukaan air... tapi semuanya jual mahal.. satu pun tak sangkut....


"Mengulang" sotong di Tampi-Tampi

Aksi2 menarik "mengulang" dari gang pancing Tawau tidak dapat dipaparkan krn gelap... almaklumlah guna handphone aje.....

Tuesday, June 2, 2009

Santai lagi.. Jeti Pakalangan, Semporna - Isnin (01.06.09)

Cuti persekolahan dah bermula.... plannya seminggu di semporna & seminggu di Lahad Datu.. dan sudah tentu aktiviti utamanya ialah memancing... "Fishing with Family" bersambung.. Destinasi pertama ialah Jeti Pakalangan, walaupun di sini jarang terpancing ikan berskala besar, namun tetap menjadi pilihan krn suasananya sesuai utk aktiviti berkeluarga...

Pakalangan adalah perkampungan atas air, kebanyakan penduduknya berbangsa Bajau. Jarak dari Pekan Semporna lebih kurang 15 km. Terdapat sekurang2nya 4 jeti disitu.. menjadi tumpuan terutamanya pada hari minggu @ cuti sekolah..Terdapat juga surau & kedai utk mereka yg memerlukan..... Ikan yg biasa dipancing di sini ialah kerisi, ketambak, kerapu, pisang2, todak.. dan kalau bernasib baik ikan putih juga boleh dilayan..

Kami (Aku & keluarga, Zamri & keluarga, Roy & keluarga) bertolak dari bubul jam 9.00 pagi..

Along

Ain

Roy & anak2

Isteri bersantai, suami tengah sibuk melayan anak todak
INFO : 1. Ikan kecil shj yg dapat dipancing
2. Turun jam 9.00 pagi, pulang jam 5.00 ptg
Related Posts with Thumbnails

Sila Klik... please !!!