Followers

Sunday, August 9, 2009

Karnival Joran Merdeka KD Sri Semporna 2009

Belum pernah menyertai mana2 pertandingan memancing sebelum ini, akhirnya pada 08.08.09 bertempat di jeti Navy Semporna, Sabah.. aku & Zamri dgn diiringi isteri serta anak2 mencuba nasib sambil memasang angan2 utk membawa pulang hadiah utama yg agak lumayan... Dgn bermodalkan RM50.00/joran yuran penyertaan serta umpan udang yg aku bawa khas dari Tawau.. lautan Navy hendakku duga.. lagipun ini kali kedua aku memancing disini, berbanding dgn yg lain, pertama kali agaknya.... ditambah lagi dgn sokongan padu dari anak2 & isteri.. terasakan hadiah dah di genggaman.. he..he..hee (trip dulu hampeh.....)

Pertandingan bermula jam 4.00 ptg dan berakhir pada jam 11.00 mlm.. dianggarkan hampir 300 pemancing mengambil bahagian dicampur dgn ahli keluarga masing2, penuh sesak jeti Navy hari ni...

Ijang & Ghir

Penyokong setia isteri & anak-anak

Semasa pendaftaran

Sedia untuk turun ke gelanggang

Tepat jam 4.00 siren dibunyikan.. startnya acara, belum sempat lagi aku memasang umpan.. dah ada pemancing dpt ikan (2 hadiah ikan terawal dipancing juga disediakan).. baru aku melempar pancing 2 org lagi pemancing berlari membawa ikan utk ditimbang... tiada harapan utk mendapat hadiah pancingan terawal... Zamri juga antara yg mendapat ikan yg terawal, tapi tidak dikira krn berat kurang drp 200g... tapi tak apa.. ikan terberat yg menjanjikan hadiah utama masih ada.. dikhabarkan di jeti ini pernah dinaikkan ikan Keratang seberat 80 kg.. itu yg aku tunggu... malangnya sehingga jam 6.00 ptg ikan bilis pun tak menyentuh umpan...

Jam 6.30 berhenti rehat, menunaikan kewajipan di surau berdekatan... jam 7.00 mlm sambung mancing... ikan besar menjadi impian. setakat ini rekod ikan terberat berjaya dinaikkan masih lagi kurang drp 1kg.. peluang masih terbuka luas.... memang ada ikan besar di sini.. 2 joran peserta terbang ke laut tidak dijaga... menjelang jam 10.00 mlm semakin ramai peserta membawa ikan untuk ditimbang.. ikan bersaiz bagak belum ada... paling berat pun 1050g(pari).. Zamri juga turut menaikkan beberapa ekor lagi tapi kecik2.. tak boleh masuk bertanding... aku masih kosong.... "mambung"sejak mula..... Tiba-tiba!! pancing ku disentak kuat... dgn penuh debaran pancing disambar... tapi malang seribu kali kali malang.. sangkut ditiang pulak.. putus.. begitulah kalau tidak ada rezeki...

Ijang & Ghir

Ain & Lia

Bersama hadiah yg ditawarkan

Zamri

Tepat jam 11.00 malam siren dibunyikan.. tamatnya pertandingan memancing.. walaupun tak dapat hadiah utama.. tapi kami gembira.. seharian memancing bersama isteri & anak2 & rakan2 yg mempunyai minat yg sama.... Tahniah diucapkan kepada semua pemenang, terutama kpd En. Jampi yg telah memenangi tempat pertama (Pari - 1050g) dgn membawa pulang hadiah:

PIALA/TV LG 32IN PLASMA/

KIPAS ELEKTRIK/HAMPER/

WANG TUNAI RM700.00

Along & Hamper

Sekian dulu... jumpa dilain laporan

Related Posts with Thumbnails

Sila Klik... please !!!