Followers

Monday, June 21, 2010

Mancing Lagi : Bangingod, Tunku, Lahad Datu (Ahad)

Berdua dgn Jamri menduga perairan Bangingod, Lahad Datu... Cubaan casting, trolling & bottom serta "bira-bira".

Adalah jugak hasil walaupun tak banyak.... berikut beberapa gambar yg sempat dirakam..


Anak putih hasil casting dgn sesudu besi...

Ikan lumahan hasil "bira-bira"...


Sesi trolling yg hampeh...




Bercasting dkt kelong @ bunsud..


Hasil yg dibawa pulang...
Sekian dulu... jumpa dilain laporan..bye

Wednesday, June 16, 2010

Mengasting lagi ! - Sabtu (29.05.2010)

Setelah sesi casting di Sungai Tulibas ptg semalam bersama Zamri yg "memberangsangkan".. hari ini pagi2 lagi.. dgn ahli komplot seramai 9 org (anak & isteri diangkut sekali).. harapan menggunung utk membawa hasil casting sekurang2nya 9 ekor..ngam sorang sekor...

Entah apa malangnya... air cantik, arus molek.. setelah berjam2 tiada satupun sambutan dari bawah... memang kalau tak ada rezeki...


Farikh, anak Zamri tekun mengasting... gaya seorang angler, boleh ganti ayahnya suatu masa nanti...

Setelah hampa dgn sesi casting... merambat @ menjala pula kami.... adalah juga dpt, sambil melayan kerenah anak2.


Hasil rambatan

Farikh & Along (anak sulungku)




Anak2 seronok mengutip anak ikan yg dirambat



Angah berpossing di "boggok"
Petang pulang ke rumah.... walaupun sesi casting yg kumpau...tp kami gembira seharian bersama keluarga bercasting, mandi manda, berkelah, merambat & menyambau ketam...
esok memancing pulak di laut Bangingod, tunggu laporannya.... bye...




Thursday, June 10, 2010

Casting Siakap Merah di Sungai Tulibas, Tunku, Lahad datu - Jumaat (28.05.2010)

Cuti panjang dah bermula (3 minggu).. peluang utk balik kg.. mancing, perjalanan dari Tawau ke Kg. Bangingod, Lahad Datu mengambil masa lebih kurang 4 jam... sesampai di Bangingod terus lapor diri bersama Zamri di Sungai Tulibas.. mengasting....


Siakap merah yg pertama berjaya dicasting oleh zamri...

Mangsa yg pertama setelah 5 kali cubaan...


Siakap Merah lagi... nampaknya SM galak menyambar... mungkin keadaan laut yg mula pasang menyebabkan ikan mula berkumpul di muara sungai...

Siakap Merah yg terakhir setelah lebih kurang 1 jam mengasting.... jam 6.00 ptg pulang setelah tiada lagi sambutan dari pemangsa di bawah....
Esok mengasting lagi..... tunggu dilain laporan, bye....

Related Posts with Thumbnails

Sila Klik... please !!!