Followers

Friday, August 17, 2012

Mancing di Port Baru..

Salam Semua  & Selamat berpuasa...
Entry kali ini ialah trip mancing sebelum puasa yg lalu....
Trip di Port baru iaitu di perairan Kunak..  lebih kurang 100km dari Tawau.
Selepas Subuh bertolak dari rumah bersama kawan mancing lama, si Bani... pertemuan semuala setelah beberapa tahun membawa kpd trip mancing ini..

Perjalanan dgn kereta hampir satu jam tak terasa dek keterujaan mancing di tempat baru..

Ikan Sapi-sapi ... spesis ikan terbaru yg berjaya dipancing berumpankan udang hidup..

Umpan tidak menjadi masalah disini krn kebanyakkan ppendududuk tempatan kerjanya memukat udang selain daripada memancing...


Perairan Kunak... dikelilingi oleh pulau timbun mata... sesuai utk pancingan sepanjang tahun, lokasi mancing terlindung drp ombak besar

Antara GT juvana yg berjaya dipancing... spesis yg biasa dipancing disini

Bani dgn ikan Arut

Pemandangan di Jeti Tanjung Keramat... perkampungan nelayan, majoriti penduduknya dari suku Bajau..

Penduduknya lebih kurang 50 keluarga.. terdapat kemudahan elektrik 24 jam, sekolah rendah juga terdapat disini...

Pemandangan pd waktu pagi di kg. Tg. Keramat...

GT @ ikan putih

Hasil pancingan pada trip kedua....  Hasil keseluruhan pada trip pertama tak sempat digambar krn hujan...
Hajat utk membuat trip ulangan pada Ramadhan tidak kesampaian.... Insyaallah selepas raya Tanjung Keramat akan dikunjungi lagi....


Akhir sekali khas untuk pengunjung blog GPT saya mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya ... Maaf Zahir Bathin...
 
Related Posts with Thumbnails

Sila Klik... please !!!