Bangingod mungkin nama yang asing bagi kebanyakkan pemancing... Bahkan orang Lahad Datu sendiripun jarang yang dapat bertandang ke sini. Bukan disebabkan jaraknya yang jauh dari bandar tetapi jalan perhubungan ke kampung yang "teruk". Hampir 7 km jalan berbukit serta berlubang besar terpaksa ditempuhi, hanya kenderaan 4WD dan yang seangkatan dengannya sahaja yang dapat melaluinya. Pilihan lain yang ada ialah berjalan kaki hampir 2 jam... pilihan bagi kebanyakkan penduduk kampung yang ingin ke" dunia luar"... kesian!
Negara sudah merdeka lebih 50 tahun, tetapi nasib penduduk disini tiada pembelaan... Di mana slogan 1Malaysia yang gah dicanang disana-sini? Di mana pemimpin yang dipilih pada PRU yang lalu? PRU 13 makin dekat.. masihkah mereka setia memberi undi kepada pemimpin yang terbukti berbohong? Adakah keperitan hidup berpuluh tahun terubat dengan bantuan RM500? Terpulang kepada mereka...
Sori kengkawan krn melalut sikit... Kalo yg suka citer politik nih boleh klik
sini
Bangingodlah tempat aku mula belajar mancen laut dan sekarang dah ketagih... kih kih kih, Dulu d kampung aku hanya mancing anak2 seluang kat sungai berjorankan batang salak jer.. itupun jarang2... tp diBangingod bukan lagi anak seluang... Layaran hampir 100kg (3 orang angkat) tlh berjaya aku pancing. Spesies 'game fish' yang ganas, mencabar serta kuat bertarung yg menjadi idaman kpd setiap pemancing... Alhamdulillah aku tlh dpt lesen!...Mancing plak bukan seminggu sekali, tp boleh dikatakan hari-hari turun laut...
itu crita dulu... belasan tahun lalu.. Sekarang bila dah pindah Tawau ni, aktiviti mancen slow sikit..
Trip terkini ialah hampir sebulan yg lalu bersama dengan Jamri(Bro Jam) , mungkin 70% trip memancing aku adalah bersama dengannya sama ada di Tawau, Lahad datu atau Semporna.. sekarang beliau dah pindah Sarawak... jauh tu bro!.. tunggu kedatangan kami.. mancing kita kat sarawak pulak... hehehe..
Berbalik kpd trip mancing kita... Kami bertolak selepas Zohor dan spot pertama kami ialah 'Takat' depan sekolah, hanya beberapa minit shj menunda gewang Zamri telah disambar geropoh, tiada masalah utk zamri menaikkan ikan yg seberat hampir 1kg.
Bro Jam dgn Baby Gt pertama
Memang port tersebut menjadi kegemaran kaki trolling krn pinggirnya dipenuhi batu2 karang dan berhampiran dgn penempatan.
Apabila menghampiri buluh bekas kelong, satu tarikan ganas aku terima... tali mencurah curah keluar, menyebabkan zamri terpaksa mematikan enjin...serentak dgn itu juga pancing Zamri juga ditarik ikan.. double hook up bro!.. huru hara juga dibuatnya.. beberapa minit kemudian kelibat berbintik kelihatan dipermukaan air dan Alhamdulillah.. kerapu sunuh yg tinggi nilainya berjaya dinaikkan. Zamri pula berjaya menaikkan Siakap Merah aka MJ..
Kerapu Sunuh
Double Hook up.. MJ & Kerapu
Jarang bernasib baik begini
Tundaan diteruskan, agak lama jugak kami berpusing-pusing dilokasi tersebut tetapi tiada lagi sambutan, botpun dihalakan ke tanjung kampung... setengah jam berlalu tanpa sebarang aksi.. tiba-tiba kekili berbunyi nyaring menandakan gewang mengena... tp sayang, ikan besar yg diharapkan rupa2 batu besar yg menyangkut... akhirnya lenyaplah gewang hinomiya hijau kuning yg baru kubeli...nasib baik harganya taklah mahal sangat.
Gewang baru dipasang dan kami meneruskan tundaan... beberapa ikan boto' erok menjadi mangsa, walaupun kecil bernafsu besar ikan nih..
Ikan Boto' Erok
Rupa Ikan Boto' Erok... Apa nama ikan nih kawan2.... please!.. kalo ada yg tahu..
Ikan Parang
Orang Sabah panggil 'Barira'
Anak kerapu yg pelahap
Ikan Putih @ GT juvana... Tangkapan terakhir sebelum pulang
Hasil keseluruhan... 2 jam setengah menunda
Menjelang jam 4.30 ptg kami mengambil keputusan utk pulang setelah melihat anak2 telah turun ke pantai utk mandi laut... lagipun Aktiviti trolling akan disambung lagi keesokkan harinya..
Anak2 yg tumpang seronok
Hari kedua.. Pukul 9.00 pagi, cuaca agak mendung.. laut kelihatan lenang, misi trolling diteruskan...dan sudah tentu tangkapan yg besar dan banyak diharapkan... Namun ketentuannya dari Allah.
Pertaruhanku masih lagi pada gewang Hinomiya kaler hijau yg dibeli di kedai bawah tangga Tawau.. harga RM15.00 ... berbaloi dibeli, prestasinya mengagumkan.. nak beli Rapala atau Halco tak mampu, maklumlah poket sentiasa nipis... kpd kawan2 yg baca blog nih.. aku minta tolong satu perkara..iaitu sudi-sudilah klik iklan nuffnang kat atas dan tepi blog nih.. dptlah juga aku kumpul duit buat beli Rapala... hihihi...
Aksi Bro Jam... Satu tarikan ganas diterima.. tapi sayang rabut setelah separuh jalan kekili dikarau..
Aku juga beberapa kali mendapat sambaran, tp nasib tak baik... rabut! memang kalo dah tak ada rezeki.. walaupun acap kali berpusing-pusing di spot yang dijangka berpotensi, sehingga tengahari kami masih kosong.. hampeh! kumpau! mangkor!... Akhirnya kami mengambil keputusan untuk pulang.. makan.. rehat2.. kemudian petang turun lagi..
Ketika bot perlahan menghampiri pengkalan.. aku mengarau pancing untuk disimpan.. tiba2 satu tarikan kuat berlaku.. disangkakan gewang sangkut dibuluh sisa2 kelong.. tetapi apabila joran berhenjut2 tanpa henti, sah ada ikan... dan Alhamdulillah tanpa disangka kerapu seberat 5 kg berjaya dinaikkan...
rezeki yg tidak disangka
Hasil yg dibawa pulang.... Alhamdulillah..
Jumpa lagi dilain laporan.... Jangan lupa klik iklan kat atas dan tepi tuh.... hehehe!!
Assalamualaikum..