DILANCARKAN PADA 06 OKT 2009... JADILAH YANG TERAWAL!!.. SILA KLIK

DILANCARKAN PADA 06 OKT 2009... JADILAH YANG TERAWAL!!.. SILA KLIK
MODAL HANYA RM15.00.. PENDAPATAN TIDAK TERBATAS... MUDAH, CEPAT & HALAL

Wednesday, November 11, 2009

Trip Penutup 2009 Di Perairan Tawau, Sabah - Isnin (09.11.2009)

2.00 ptg - Ke rumah Rahul dan terus ke Pengkalan .. kali ini juragannya ialah brother Bedu.. seperti biasa beli umpan udang hidup di "Ice Box".... Lokasi pilihan ialah "Takat Batu Tohor".

Ini merupakan trip penutup bagiku di Tawau untuk 2009 krn pada 14.11.09(Sabtu) akan berangkat ke KL menghadiri satu majlis di PWTC pada 17.11.2009(Selasa)..... dan terus pulang ke Trg pada 24.11.2009.

Pulang semula ke Tawau pada 01.01.2010.. insyaalah..


Brother Bedu dgn ikan putih




Pukat Tunda "Musuh Kaki Pancing Tawau"


Bersama ikan batu



Hasil pancingan ( 3 jam )
Jam 5 - Pulang rumah..................

Jumpa lagi di lain laporan...... laporan dari semenanjung pula agaknya.......

Monday, October 19, 2009

Gelama Lagi ! | Ahad (11.10.2009)

Walaupun sakit gigi & gusi membengkak dgn teruk, sehinggakan buka mulutpun tak berapa boleh.. kerana janji.. seawal 7.30 pagi aku ke rumah brother Rahul rakan seperjuangan dalam arena memancing ini..
Jam 8.00 pagi menaikki bot Ali "Juragan Tetap", seorang nelayan sepenuh masa dari Ice Box.


Bot-bot pukat tunda di perairan Tawau yang siap untuk meratah apa sahaja dilaluannya.. musuh utama kepada nelayan tradisional seperti Ali, Main, Diyo, Yus, lelek dan lain-lain..
Semasa melintasi deretan bot-bot ini terasa juga juaknya, apabila memikir nasib rakan2 yg bergantung nasib kepada laut utk menampung anak isteri.. dapatkah mereka memenuhi keperluan keluarga spt perbelanjaan persekolahan anak2, makan pakai seharian??
Hampir setahun aku bergaul dgn mereka dan hampir setiap minggu aku menyertai mereka memancing.. hakikatnya mahu dapat RM10 - RM20 pun susah setelah berpanas berhujan seharian.. akibat kerakusan "Geng2 Pukat Tunda" ini..

Pemandangan Tawau dari laut

Penyiut udang berlatar belakangkan perkampungan nelayan Ice Box

Hari ini kami cuma membeli umpan udang hidup RM10.00 sahaja krn kebiasaannya umpan kami tidak sempat habis kecuali kalau "gelama menyerang"

Penyiut udang ini juga adalah penghuni perkampungan Ice Box ini.. Pendapatan mereka agaknya RM10 - RM50 sehari.. bergantung kpd keadaan laut dan permintaan dari "tukang pancing".

Antara pemancing yang setia mencuba nasib di sini


Menunggu pancing disambar ikan... target utama ikan putih, merah, kuli balai dll yang dikhabar begitu banyak waktu dulu - dulu - dulu - dulu.....

1 jam, 2 jam, 3 jam.... satu pun tarak.....


Rahul dgn anak ikan putih.. (satu2 nya ikan putih pd hari ini..)

Hanya ikan gelama yg banyak kami dapat.... bagiku gelamapun jadilah, yg penting "tarikan"

Tapi bagi pemancing yg bergantung hidup dgn kerja ini.. spt Ali, Main, lelek dll.. dapatkah ditampung keperluan keluarga dgn 5/6 kg ikan gelama?... belum lagi tolak kos umpan, petrol, alat memancing......

Semakin terbakar hati apabila melihat sebuah pukat tunda tanpa rasa bersalah menurunkan pukatnya berhampiran dgn kami.. mana peginya pihak berkuasa? tak nampak ke?.. di siring pantai je ni... dekat bandar pulak tu...

Betullah gagasan 1Malaysia "RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".... geng2 pukat tunda rakyat jugak.. "pencapaian" mereka ribu2 kali ganda dari kami... itulah sebabnya mereka berleluasa agaknya.....

Frustnya.. geram!! ... itulah agaknya mamat kat bawah ni jadi macam tu...

Alloo bro !... apa lu pancing?.. pancing undi ka?... itula.. dulu lu pangkah DAP... kenapa tak pangkah UBN 1Malaysia.. BN bagus ma !!... nanti 1Malaysia akan kasi lu KUPON beli ikan kat pasar... Kah kah kah... kalu tak pun lu boleh join kami mancing gelama...

gelamapun gelamalah.. boleh bikin ikan masin ma !! .... kalau lu tak suka gilama mau tinggili juga klik sini... jangan tak klik tau.....lu mesti klik ma!!!

Monday, October 5, 2009

Memancing Kerisi Di Perairan Bangingod, Lahad Datu | Ahad (27.09.09)

Setelah semalam kecewa tidak dpt memancing kerana masalah enjin.... Setelah mendapat sentuhan daripada pakarnya ( Abg Hj. Hadjirul) enjin yamaha 15hp akhirnya berjaya dihidupkan.... tidak kempunanlah balik kampung kali ini, bolehlah mancing walaupun laut kurang ok, tempias dari taufan ketsana & parma di filipina...
Petang nanti dah balik Tawau, Zamri pula balik Semporna .. Azman pula balik Sahabat 16.... Esok dah start kerja.....
Apalagi mancinglah kami.. jam 9.00 pagi turun ke laut, pulang jam 12.00 th.. oleh kerana laut kurang mengizinkan, kerisi sahaja target kali ini...

Azman dengan kerisi & anak kerapu

Zamri dgn kerisinya

Bersama kerisi


Azman dgn double strike


Hasil pancingan lebih kurang 2 jam

Sekian dulu untuk kali ini... jumpa lagi..

Friday, October 2, 2009

Hajat Tak Kesampaian | Mengunau di Pantai Bangingod : Sabtu (26.09.09/ 7 Syawal 1430H)

Selepas menghadiri majlis perkahwinan Tommy & pasangan di Kg. Bangingod, Lahad Datu.. satu trip mengejut diatur .. keadaan laut nampaknya mengizinkan... tiada lagi ombak besar..
Perahu diturunkan ke laut, Enjin Yamaha 15 hp diangkat.... 3 pemancing yg jarang2 berjumpa akan beraksi (Aku, Zamri & Azman).. sesekali dpt berkumpul agenda utama tentulah memancing.
Jam 4.00 ptg.. dengan semangat berkobar2.. Enjin dihidupkan.... 1 kali, 2kali,3kali....... fuh!! hampir 1 jam kami cuba menghidupkan enjin tua ni.. tapi sia2.... Rancangan terpaksa dicanselkan... tunggulah lain kali..

Azman & Zamri bertungkus lumus 'menyetart' enjin sampai mengelupas tangan..... akhirnya perahu dinaikkan ke darat..... dan menyertai anak2 mencari kunau di pantai

Along (Sh. Azyyati Ilyana) dengan kunaunya


Ain ( Anak Bongsuku.. setakat ni) juga berjaya mendapatkan kunau

Antara Kunau yg berjaya dicari.... 3 cara mencari kunau yg aku tahu...... 1) Mencari kunau yg timbul di permukaan pasir 2) Mencari mata kunau.. bdnnya tenggelam cuma 2 matanya shj kelihatan... perlukan penglihatan yg tajam utk mengesan 3) Mengesan kunau yg bersembunyi dgn melihat najis kunau... kalu ada najisnya, adalah tuannya......
Mungkin ada teknik lain yg aku tak tau....

Cikgu Rosdi Awang (Kenalan lama) dgn kunaunya... 4 hari lepas berpesta ikan merah... lebih 80 ekor merah berjaya dipancing di Sungai nipah, Tambisan.. bersama Suhart0 & Gabir.

Sekian dulu... jumpa lagi...



Wednesday, September 30, 2009

Lepas Gian di Jeti Tambisan, Sandakan | Khamis (24.09.09/ 5 Syawal 1430H)

Setelah lebih sebulan 'gantung joran' kerana Bulan Ramadhan & Raya Aidil Fitri.. Aku, Azman & isteri serta anak2 berpeluang memancing di Jeti Tambisan, Sandakan.... perjalanan drp Sahabat 16, Tungku, Lahad Datu ke sana memakan masa lebih kurang 2 jam..
Tambisan menjadi pilihan krn lautan sebelah sini (Bangingod ) bergelora ...
Kami bertolak jam 9.00 pagi dgn hilux melalui perkampungan Hamparan Badai... jalannya kira oklah....

Anggota Gerombolan (majoriti perempuan)


Gerbang yg menyambut kedatangan pengunjung




Along ( anak pertamaku ) dgn ikan pisang2


Wawa antara yg banyak menaikkan ikan



Ain (Sh. Ainani Ilyani) & Wawa


Geng Pancing Junior bersama...............................

......... kapten kapal (My Mem) he he he....


Azman menjala belanak

Azman dgn anak ikan putih


Ijang dgn ikan apa entah...


Gaya seorang tukang pancing professional (Mishada)

Hasil pancingan

Jam 5.00 ptg pulang ke Sahabat 16...

Jumpa lagi di lain laporan.........bye

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Gang Pancing Tawau Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.. Maaf Zahir Batin jika ada salah dan silap....
Selepas Raya mancing lagi kita... he he he..

Saturday, August 22, 2009

Selamat Menunaikan Ibadat Puasa

Sila Klik