Followers

Saturday, July 25, 2009

Resepi Stim Ikan Kerapu

Gambar Kerapu & Kuli Balai yg aku dpt pada minggu lepas... Kuli balai dimasak "Lohok" je... Kerapu dibikin stim... berikut resepi yg aku copy dari http://www.fishing.net.my/


Bahan-Bahan:
Seekor ikan kerapu ( sederhana besar )

Bahan A :
1 labu Bawang besar ( dimayang halus )
Bawang putih 3-4 ulas ( diketuk )
Halia 1.5 cm ( dihiris )
Serai 4 batang ( diketuk )

Bahan B :
2 sudu air asam jawa
Sesudu kicap sotong @ sos ikan
Sesudu sos tiram
Serbuk perasa
Daun limau purut
Cili padi

Cara:
1. Bersihkan ikan. panaskan minyak dan tumiskan semua bahan A.
2. Bila agak wangi masukkan sedikit air dan juga bahan B
3. Masukkan serbuk perasa. akhir sekali masukkan ikan dan daun limau purut serta cili padi.

Tambahan:
Kalau suka sayuran, letak aje masa nak masak tu ( lepas masukkan ikan )

Berikut pula resepi dari http://www.myresipi.com/

Bahan-bahan ( 2 orang )
• 1 ekor ikan kerapu
• Udang kering (ditumbuk halus)
• Serai (diricik halus)
• Bawang merah
• Bunga Kantan (diricik halus)
• Cili Merah
• Bawang Putih
• Daun limau purut (2 helai – diricik halus)
• (kesemua bahan diatas dikisar & digoreng untuk membuat special sos)
• 2 sudu sos ikan
• 2 sudu air perahan limau
• Sedikit Gula
• Sedikit Garam
• Tepung jagung (untuk memekat kuah sos)
• Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali
2. Setelah minyak panas, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar
3. Masukkan sos ikan
4. Masukkan air perahan limau
5. Setelah itu masukkan gula, garam dan tepung jagung untuk memekatkan sos
6. Tuangkan sos ke atas ikan
7. Kemudian stimkan ikan dalam kukus selama 10 – 15 minit
Cubalah.....

Monday, July 20, 2009

Kerapu@Grouper - Ahad (19.07.09)

Trip Kali ini bersama Rahul Kabota & Ali "The Boat Man" di Perairan Tawau, Sabah (Takat bt. 4)
Kerapu yang dinaikkan menggunakan umpan sotong

Menunggu bot di Pengkalan


Bot nelayan berlabuh

Ali dengan kerapunya

Hasil pancingan - 2 kerapu, 2 kuli balai (Jam 8.30 pagi - 1.00 ptg)

Tuesday, July 7, 2009

Anak Putih Penawar Duka - Ahad (05.07.09 / 12 Rejab 1430H)

Kesibukan kerja & pelbagai urusan lain menyebabkan laporan memancing terlewat 3 hari "dipostkan"..

Terimakasih kpd semua pengunjung yang sudi singgah di teratak saya ini, sokongan kalian amat saya harapkan..

Berbalik kpd aktiviti memancing... kali ini bersama dengan Rahul Kabota & juragan baru "siDiyo"memancing di perairan Tawau, Sabah...

7.30 pagi mula bertolak dari rumah mengambil Rahul di Sin On, beli petrol dan ke Pengkalan menunggu bot.

8.30 pagi menaikki bot dan membeli umpan udang hidup di perkampungan atas air Ice Box.. Entah kenapa bekalan umpan susah pulak hari ini.. lebih kurang 1 jam pusing2 barulah dapat umpan yang dicari

9.30 pagi mula memancing di lautan batu 3, kemudian pindah ke batu 4, pindah lagi ke muara.. malangnya tiada satupun ikan berjaya dinaikkan.. sunyi sepi saja laut hari ini.. selepas jam 12.00 th barulah beberapa ekor gelama berjaya dinaikkan... kalau begini terpaksalah pulang nanti singgah pasar dulu beli ikan.. kalau tidak tentu bising isteri di rumah... alhamdulillah hampir jam 2.00 ptg barulah 1 ikan putih (Kecil) sudi menjamah umpan

2.00 ptg- pulang


Anak putih penawar duka

Penyiut udang berlatarbelakangkan Perkampungan Ice Box


Rahul & Gelama

Sekian dulu.. jumpa lagi dilain laporan...

Related Posts with Thumbnails

Sila Klik... please !!!