Followers

Showing posts with label Laporan memancing Tawau. Show all posts
Showing posts with label Laporan memancing Tawau. Show all posts

Wednesday, February 17, 2010

Ngail Lagi ! : Memancing di Perairan Tawau - Ahad ( 07.02.2010 )

Semalam (Sabtu) mancing bersama Zamri & Roy dari Semporna di "Takat Hj. Kuning" ... ari ini (Ahad) dgn Rahul Geng Pancing & Brother Am kaki pancing yg tlh lama tak beraksi....
Juragannya Ali dari Ice Box...

7.30 pagi turun dari rumah... berumpankan udang hidup, port pertama kami ialah "Muara dpn Perkampungan Ice Box..

Lebih kurang 10 minit pancing diturunkan.. terdapat sentakkan pada joranku... ikan putih berjaya dinaikkan.... ini sudah kira bagus !!

Selang beberapa minit sekali lagi joran dihenjut kuat... kali ni pari pula.... rerakan lain jeles semacam je...

Selepas tu sunyi sesunyinya.. tiada lagi regutan... boring.. pindah pulak spot batu tohor... di situ banyak perahu kaki pancing lain yg mencuba nasib... tiada juga walau satu ekor.... pindah lagi ke Takat Bt. 4... barulah ada gelama yg sudi menjamah umpan.... brother Am juga berjaya menaikkan seekor "Kuli Balai"...

Ikan pertama yang berjaya dinaikkan berumpankan udang hidup



Pari walaupun kecil, tarikannya boleh tahan....

Rahul menjamu selera sambil menunggu pancing disambar ikan




Brother Am yg tlh lama tak turun di gelanggang... kali terakhir kami mancing bersama mungkin hampir 10 tahun lalu..



Ikan gelama yg berjaya dipancing.. bolehlah dikasi kering, bikin ikan masin...
Jam 12.00 th terpaksa pulang krn keadaan laut tidak mengizinkan... angin mula bertiup kencang....
Minggu depan Tahun Baru Cina... cuti panjang.. mancing pulak di Lahad Datu.. Insyaallah...
Sekian dulu, tunggu dilain laporan...






Wednesday, November 11, 2009

Trip Penutup 2009 Di Perairan Tawau, Sabah - Isnin (09.11.2009)

2.00 ptg - Ke rumah Rahul dan terus ke Pengkalan .. kali ini juragannya ialah brother Bedu.. seperti biasa beli umpan udang hidup di "Ice Box".... Lokasi pilihan ialah "Takat Batu Tohor".

Ini merupakan trip penutup bagiku di Tawau untuk 2009 krn pada 14.11.09(Sabtu) akan berangkat ke KL menghadiri satu majlis di PWTC pada 17.11.2009(Selasa)..... dan terus pulang ke Trg pada 24.11.2009.

Pulang semula ke Tawau pada 01.01.2010.. insyaalah..


Brother Bedu dgn ikan putih




Pukat Tunda "Musuh Kaki Pancing Tawau"


Bersama ikan batu



Hasil pancingan ( 3 jam )
Jam 5 - Pulang rumah..................

Jumpa lagi di lain laporan...... laporan dari semenanjung pula agaknya.......

Tuesday, July 7, 2009

Anak Putih Penawar Duka - Ahad (05.07.09 / 12 Rejab 1430H)

Kesibukan kerja & pelbagai urusan lain menyebabkan laporan memancing terlewat 3 hari "dipostkan"..

Terimakasih kpd semua pengunjung yang sudi singgah di teratak saya ini, sokongan kalian amat saya harapkan..

Berbalik kpd aktiviti memancing... kali ini bersama dengan Rahul Kabota & juragan baru "siDiyo"memancing di perairan Tawau, Sabah...

7.30 pagi mula bertolak dari rumah mengambil Rahul di Sin On, beli petrol dan ke Pengkalan menunggu bot.

8.30 pagi menaikki bot dan membeli umpan udang hidup di perkampungan atas air Ice Box.. Entah kenapa bekalan umpan susah pulak hari ini.. lebih kurang 1 jam pusing2 barulah dapat umpan yang dicari

9.30 pagi mula memancing di lautan batu 3, kemudian pindah ke batu 4, pindah lagi ke muara.. malangnya tiada satupun ikan berjaya dinaikkan.. sunyi sepi saja laut hari ini.. selepas jam 12.00 th barulah beberapa ekor gelama berjaya dinaikkan... kalau begini terpaksalah pulang nanti singgah pasar dulu beli ikan.. kalau tidak tentu bising isteri di rumah... alhamdulillah hampir jam 2.00 ptg barulah 1 ikan putih (Kecil) sudi menjamah umpan

2.00 ptg- pulang


Anak putih penawar duka

Penyiut udang berlatarbelakangkan Perkampungan Ice Box


Rahul & Gelama

Sekian dulu.. jumpa lagi dilain laporan...

Related Posts with Thumbnails

Sila Klik... please !!!