Followers

Thursday, June 9, 2011

Memancing di Membatu, Tungku, Lahad Datu : Jun 2011

Alhamdulillah......... kerapu seberat 8kg ++ telah berjaya di pancing pd 01.06.2011, rekod terbaru kerapu tercipta di Laut Membatu, Tungku, Lahad datu, Sabah semasa memancing bersama otai pancing Pak pandaug..





Hanya 2 ekor sahaja ikan yg berjaya kami pancing pd malam itu.... Namun syukur kehadrat ilahi krn rezekinya yg tidak disangka walaupun ini adalah trip terkejutt.....




1/06/2011 (Rabu)


10.00 pagi - Bertolak dari Sahabat 16 (rumah Pakcik Bauk) ke Pekan Lahad datu utk menziarahi keluarga d sana ..... singgah sebentar d kg. Membatu, tempat membesar isteri tercinta.. dah agak lama kami tak berkunjung di sini...






Selesai mkn tengahari, tengah duduk2 d beranda.. kelihatan 2 remaja mengandar ikan utk dijual kpd peraih, yg sgt menarik perhatianku ialah sekor kerapu seberat 13kg yg masih bernyawa... nyawa2 ikan..






rupa2nya ikan tersebut d pancing oleh Pak Pandaug d takat rahsianya... Apabila shj Pak Pandaug sampai d rumah, aku terus menyapa dan soalan cepu emas terpancul dari mulutku, "Bila pegi lagi?".. macam faham apa yg bermain difikiranku Pak pandaug menjawab "malam ni kita pegi kalau mau"... seperti org mengantuk dsorongkan bantal, aku terus mengiakannya, walaupun plan asal hanya utk singgah shj sebeelum ke lahad datu... nasib baik dlm bonet kereta sentiasa ada kelengkapan memancing...







Berehat2 menunggu jam 5.00 ptg..


Jam 5.30 pm- Ke pengkalan yg jaraknya lebih kurang 200meter dari rumah..






Pak pandaug tengah meenyiapkan perahu... kecik perahu ni...







enjin bot (Pamboat) motoyama 6.5cc berherga RM350.... murah.. petrol pun jimat, 1 botol (1.5 l ) pun cukup..






Pulau apa tuh... pulau ini juga dpt dlihat dari Semporna.. Perjalanan ke spot dtuju mengambil masa hampir setengah jam..






Jam 6.00ptg- Pak pandaug mula menyediakan lampu... aku mengambil kesempatan utk cuba menjigging yg sehingga skrng masih belum dpt lesen lagi...hehhehe






Umpan tulai hasil dari "bira-bira"... susah nak dpt umpan hari tu...



Menurut Pak Pandaug kedalaman disitu ialah 40 depa, umpan yg paling sesuai adalah ikan tulai hidup, dicangkuk d bwh perut dgn matakail no 6.... perambut sepanjang sedepa setengah dgn tali utama sekurang2nya 50lb..






Kerapu pertama .. huru hara d buatnya... kebetulan Pak Pandaug tengah solat Isyak.. hampir 10 minit juga baru berjaya dinaikkan...



Selepas itu, beberapa misscall diterima... dari pengalaman, Pak Pandaug menyatakan bhw datangnya dari ikan Tabung(spesis ikan merah)... mata pancing tidak solid melekat d bibir ikan krn saiz mata pancing & umpan yg besar...



Apabila arus dah mula lemah, timbul satu masalah apabila umpan dirosakkan oleh sejenis ulat laut...






Hewan laut yg merosakkan umpan... terpaksa kerap menukar umpan, kalau tak....






habis.. tinggal tulang jer, macam pirana pulak hewan nih... Kebetulan malam tu, ikan tulai payah di bira-bira... kebanyakan masa byk dihabiskan utk cari umpan..







Kerapu kedua berjaya dinaikkan oleh "otai pancing" Pak Pandaug pada jam 11.00 mlm dgn handline 60lb.... tiada masalah baginya walaupun mata pancing tersabit di ekor...








Gambar 2 ekor kerapu yg berjaya dipancing pd mlm itu....






jam 12.00 tengahmalam: terpaksa pulang awal setelah penat mengunjun bira-bira.. ikan tulainya entah kemana...




8/6/2011 (Rabu)





Setelah tertunda beberapa kali trip repeat ke takat rahsia Pak Pandaug dek cuaca yg tidak mengizinkan.. akhirnya petang rabu angin barat telah reda yg memungkinkan nelayan turun ke laut mencari rezeki..


Bersama Pak Pandaug bertolak dari pengkalan pada jam 5.30 ptg... acara dimulai dgn pancing bira-bira (Apolo) mencari umpan.. ikan tulai cukup mudah didapati berbanding trip sebelumnya...




jam 7.30 mlm- kami telah menurunkan pancing... beberapa strike diperolehi, tapi sayang nasib tidak menyebelahi kami... beberapa kes tali putus di sambar alu-alu dan sekali ikan tabung yg hampir sampai dibirai perahu terlucut bila mau d angkat..




Keseronokan memancing tidak berterusan krn cuaca tidak mengizinkan... angin barat dah mula bertiup, menyebabkan ombak yg boleh membahayakan bot2 kecil




Kami pulang pd jam 11.00 mlm dgn hanya membawa pulang ikan tulai shj....






09/06/2011 (Khamis)




6.00 pagi- Turun semula ke laut, setelah mendapati laut teduh.. tambahan pula umpan tulai semalam yg banyak...


Jam 6.30 pagi di sabah.. matahari dah tinggi..





Laut tenang dan tidak berarus mungkin menyebabkan kami "membangau" shj pagi ini.. sehingga tengahari tiada usikan... walaupun acapkali pindah randah... melawat2 bot mancing yg lain...






Aksi rakan menyandat sotong...







Sotong yg bersaiz sedap dilayan... 7 ekor berjaya dinaikkan oleh brader ni...






Jam 11.30 pagi- pulang ke pengkalan krn tiada layanan dari penghuni dasar, tambahan pula panas terik yg semakin membahang panasnya...






Petang pulang ke Sahabat 16... Insyaallah kalau cuaca mengizinkan, hari Sabtu mancing pula di Tambisan bersama Zamri & Azman...








Sekian dulu, jumpa dlain laoran
 

















17 comments:

  1. Mmmmm.....rupanya kita memancing di tpt yg sama hari tu.Tak perasan pula.....

    ReplyDelete
  2. mancing d Takat joran juara ke bro?..mekasih krn menziarah.... bila pegi membatu lagi??

    ReplyDelete
  3. besarnya kerapu tu... bira-bira tu buat sendiri ke yg beli punya bang?

    ReplyDelete
  4. dbeli mayong... pakcik tu guna yg dbuat sendiri.. dia dpt 5, sy baru 1... hihihi..

    ReplyDelete
  5. lepas ni post la cara-cara buat bira-bira yg sama mcm pakcik tu guna bang

    ReplyDelete
  6. bagus cadangan tu mayong.... akan d usahakan...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Sila Klik... please !!!