Followers

Wednesday, February 17, 2010

Ngail Lagi ! : Memancing di Perairan Tawau - Ahad ( 07.02.2010 )

Semalam (Sabtu) mancing bersama Zamri & Roy dari Semporna di "Takat Hj. Kuning" ... ari ini (Ahad) dgn Rahul Geng Pancing & Brother Am kaki pancing yg tlh lama tak beraksi....
Juragannya Ali dari Ice Box...

7.30 pagi turun dari rumah... berumpankan udang hidup, port pertama kami ialah "Muara dpn Perkampungan Ice Box..

Lebih kurang 10 minit pancing diturunkan.. terdapat sentakkan pada joranku... ikan putih berjaya dinaikkan.... ini sudah kira bagus !!

Selang beberapa minit sekali lagi joran dihenjut kuat... kali ni pari pula.... rerakan lain jeles semacam je...

Selepas tu sunyi sesunyinya.. tiada lagi regutan... boring.. pindah pulak spot batu tohor... di situ banyak perahu kaki pancing lain yg mencuba nasib... tiada juga walau satu ekor.... pindah lagi ke Takat Bt. 4... barulah ada gelama yg sudi menjamah umpan.... brother Am juga berjaya menaikkan seekor "Kuli Balai"...

Ikan pertama yang berjaya dinaikkan berumpankan udang hidup



Pari walaupun kecil, tarikannya boleh tahan....

Rahul menjamu selera sambil menunggu pancing disambar ikan




Brother Am yg tlh lama tak turun di gelanggang... kali terakhir kami mancing bersama mungkin hampir 10 tahun lalu..



Ikan gelama yg berjaya dipancing.. bolehlah dikasi kering, bikin ikan masin...
Jam 12.00 th terpaksa pulang krn keadaan laut tidak mengizinkan... angin mula bertiup kencang....
Minggu depan Tahun Baru Cina... cuti panjang.. mancing pulak di Lahad Datu.. Insyaallah...
Sekian dulu, tunggu dilain laporan...






No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sila Klik... please !!!