Cuti sekolah baru saja bermula... plan asal mau bercuti ke lahad datu, tp terkesel last minit krn beberapa sebab... terasa lama benar dah tak mancing di L Datu ni, dengar khabar ikan putih tengaH mengamuk di laut Bangingod, Lahad Datu...
12/03/2011 (Sabtu)
Perjalanan Tawau ke Semporna mengambil masa kurang lebih 1.30 jam, kami tiba di Bubul (Rumah Zamri) pada pukul 5.30 ptg. Zamri tiada di rumah krn bertugas di luar kawasan... walaupun baru balik dari N 9.. sambung lagi di Kudat.. sekarang dengar2 khabar ke Perak pulak.. sibuk benar brader ni.. Isterinya Aiza & anak2 tlh pulang kampung pagi tadi, jadi hanya kami sekeluarga shj disini... trima kasih daun keladi kpd kedua suami isteri krn mengizinkan kami menjadikan rumahnya..rumah kami..hehehhe..
Setelah berehat sekejap, saya secara solo ke sungai berhampiran utk land based casting... terdapat beberapa pemancing yg sedang melabuh umpan dari atas jambatan.
Port ni menjadi kemestian ziarahku sekiranya bertandang ke Semporna, walaupun hasilnya hampeh... seringkali 'kumpau' aka 'mangkor'..
Dgn berbekalkan 3 ketul gewang, langkah diatur menuruni tebing ke tepi sungai... di suatu spot yg cantik gewang ku lempar.. terus dpt strike... kedengaran sorakan yeaarh!! dari geng2 pancing atas jambatan.. jeleslah tu!.. "bertuah sungguh aku hari ini", bisik hatiku... baru balingan pertama gewang terus saja dpt.. ada penonton lagi!... heheh..
Disuspekkan MJ, apabila menghampiri tebing.. bertukar pulak menjadi alu-alu... alu2 pun alu2lah...yg penting tarikan..
Alu2 mangsa gewang minnow... lupa pulak aku cap apa.. dibeli di Trg dgn harga RM16.50..
Setengah jam berikutnya berlalu tanpa ada layanan dari pemangsa... aku beredar pulang setelah mendengar azan maghrib berkumandang... esok mancing pula di laut..
Alu2 sebesar lengan tersebut telah selamat dimasak 'lohok', masakan tradisi bajau utk makan malam... alhamdulillah, cukup utk kami 5 beranak.
13/03/2011 (Ahad)
Seawal 7.00 pagi kami (bersama Brader Roy) bertolak dari rumah ke warong depan Bakhtiar utk membeli bekalan makanan, seterusnya ke rumah abang Long, seorang pesara tentera.. tekong kami hari itu..
Jam 7.30 pagi.. kami bertiga memulakan perjalanan dgn bot kayu berenjin suzuki 6hp dari pengkalan sungai airport.. target utama kali ini adalah ikan ketambak di area Pulau Menampilik..
30 minit perjalanan, kami sampai di port.. keadaan laut tenang, cuaca agak mendung.. kadangkala gerimis turun menyejukkan badan..






Jam 2.30 ptg kami bergerak pulang... walaupun tiada ikan yg bersaiz bagak, namun alhamdulillah.. kami dilayan dgn baik oleh penghuni dasar..

Terima kasih kepada Bro Roy & Abg Long ... terimakasih juga kepada isteri tercinta krn tahan melayan kerenah si tukang pancing ini & sentiasa mengambil berat serta mendoakan keselamatan suaminya...
Berbanyak2 terimakasih kpd pengunjung yg sudi meninggalkan komen disini.... Thanks Bro...