Adalah jugak hasil walaupun tak banyak.... berikut beberapa gambar yg sempat dirakam..
Anak putih hasil casting dgn sesudu besi...
Ikan lumahan hasil "bira-bira"...
Sesi trolling yg hampeh...
Anak putih hasil casting dgn sesudu besi...
Ikan lumahan hasil "bira-bira"...
Sesi trolling yg hampeh...
Farikh, anak Zamri tekun mengasting... gaya seorang angler, boleh ganti ayahnya suatu masa nanti...
Setelah hampa dgn sesi casting... merambat @ menjala pula kami.... adalah juga dpt, sambil melayan kerenah anak2.
Farikh & Along (anak sulungku)
Siakap merah yg pertama berjaya dicasting oleh zamri...
Mangsa yg pertama setelah 5 kali cubaan...
Siakap Merah lagi... nampaknya SM galak menyambar... mungkin keadaan laut yg mula pasang menyebabkan ikan mula berkumpul di muara sungai...
Bot sedang disiapkan.. port pilihan kali ini ialah "muara navy".. dikhabarkan, pd trip yg lepas Roy tlh mendapat hasil yg lumayan disitu... Perjalanan lebih kurang 30 minit...... hampir 2 jam kami disitu dgn pancing lebih sepuluh diturunkan.. umpan yg pelbagai.. ada sotong, udang & ikan basong serta ikan tiruan..tp kosong... kumpau!!.. org sini bilang Killarr habis!!... sesi trolling juga hampeh.... memang kalau tidak ada rezeki... adat memancing.. aku arif benar ttg tu..
Pindah lagi port... kali ini dgn berhanyut di sekitar Pakalangan... alhamdulillah barulah berhasil... banyak kerisi & ketambak baby yg berjaya dinaikkan...
Antara Kerapu yg berjaya dipancing berumpankan udang yg kubawa khas dari Tawau..
Kerisi ke ikan Ketambak ni?.. aku pun Kompiuus.....
Roy dgn Ikan Pogot?... nama melayunya aku tak tau... bagus dipanggang makan dgn "putu"... kalau tak percaya... cuba try test....
Zamri dgn belangkas yg berjaya dipancingnya... hebat..hebat!.. hanya pemancing professional je yg boleh buat... tahniah bro!......
Ikan Biru yg berjaya dipancing di takat pemutus pancing... byk juga batu ladung yg kujadikan takat disitu...
Kerapu lagi
Brother Am dgn udang karang yg berjaya dipancing
Along.... anak yg sulung, berpossing dgn tapak sulaiman....
Hanya ikan kecil yg berjaya dipancing (bottom) setelah percubaan casting tiada sambutan
Puteri Duyung... yg telah berjaya kupancing 14 tahun yg lalu.... terima kasih umi krn memahami.. he he he....
Perkampungan Simunul... kelihatan paras laut hampir mencecah lantai... menandakan air pasang besar tak sesuai utk mancing.. arus deras akan berlaku apabila surut nanti... tp itu bukan menjadi masalah.. yg penting dpt turunkan pancing.. itu dah kira trip yg berjaya.. teringat pulak definisi BERJAYA drp rakan blogger brother Jemohid ... aku setuju benar..
Zamri dgn ikan batu..
Hanya kerisi kecil & beberapa kerapu baby yg sudi menjamah umpan