Followers

Tuesday, July 7, 2009

Anak Putih Penawar Duka - Ahad (05.07.09 / 12 Rejab 1430H)

Kesibukan kerja & pelbagai urusan lain menyebabkan laporan memancing terlewat 3 hari "dipostkan"..

Terimakasih kpd semua pengunjung yang sudi singgah di teratak saya ini, sokongan kalian amat saya harapkan..

Berbalik kpd aktiviti memancing... kali ini bersama dengan Rahul Kabota & juragan baru "siDiyo"memancing di perairan Tawau, Sabah...

7.30 pagi mula bertolak dari rumah mengambil Rahul di Sin On, beli petrol dan ke Pengkalan menunggu bot.

8.30 pagi menaikki bot dan membeli umpan udang hidup di perkampungan atas air Ice Box.. Entah kenapa bekalan umpan susah pulak hari ini.. lebih kurang 1 jam pusing2 barulah dapat umpan yang dicari

9.30 pagi mula memancing di lautan batu 3, kemudian pindah ke batu 4, pindah lagi ke muara.. malangnya tiada satupun ikan berjaya dinaikkan.. sunyi sepi saja laut hari ini.. selepas jam 12.00 th barulah beberapa ekor gelama berjaya dinaikkan... kalau begini terpaksalah pulang nanti singgah pasar dulu beli ikan.. kalau tidak tentu bising isteri di rumah... alhamdulillah hampir jam 2.00 ptg barulah 1 ikan putih (Kecil) sudi menjamah umpan

2.00 ptg- pulang


Anak putih penawar duka

Penyiut udang berlatarbelakangkan Perkampungan Ice Box


Rahul & Gelama

Sekian dulu.. jumpa lagi dilain laporan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sila Klik... please !!!