Selepas menghadiri majlis perkahwinan Tommy & pasangan di Kg. Bangingod, Lahad Datu.. satu trip mengejut diatur .. keadaan laut nampaknya mengizinkan... tiada lagi ombak besar..
Perahu diturunkan ke laut, Enjin Yamaha 15 hp diangkat.... 3 pemancing yg jarang2 berjumpa akan beraksi (Aku, Zamri & Azman).. sesekali dpt berkumpul agenda utama tentulah memancing.
Jam 4.00 ptg.. dengan semangat berkobar2.. Enjin dihidupkan.... 1 kali, 2kali,3kali....... fuh!! hampir 1 jam kami cuba menghidupkan enjin tua ni.. tapi sia2.... Rancangan terpaksa dicanselkan... tunggulah lain kali..

Along (Sh. Azyyati Ilyana) dengan kunaunya
Ain ( Anak Bongsuku.. setakat ni) juga berjaya mendapatkan kunau

Mungkin ada teknik lain yg aku tak tau....

Sekian dulu... jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment