Followers

Monday, July 19, 2010

KARNIVAL JORAN KD SRI SEMPORNA 2010 : Sabtu(17/07/2010)

Cubaan keduaku join pertandingan mancing...tahun lepas kumpau habis (klik)... tahun ni cuba lagi tempat yg sama.. KD Sri semporna, Semporna...


Tahun lalu cuma berdua bersama Zamri... kali ni geng2 pancing dari Sahabat 16, L. Datu turut serta... Baok, Azman & Rudin diiringi penyokong setia masing2....


tidak ketinggalan ialah Roy (abg Zamri), tahun lepas kempunan krn terpaksa menghadiri kursus di Sarawak...


Kami tiba di Bubul, Semporna (rumah Zamri) pada jam 11.00 pg.... acara akan bermula jam 4.00 ptg... geng2 Sahabat 16 tiba pd jam 12.30 th.... Ahli komplot hampir 30 org... penuh sesak rumah Zamri....


Woww.. kami dihidangkan nasi dagang...... terima kasih kpd Haija.. lama dah aku tak makan nasi dagang ni....


Jam 3.30 ptg bertolak ke NAVY semporna.... ramai dah pemancing berkumpul.... dikhabarkan lebih 200 pemancing mengambil bahagian.. rasanya tahun lepas lebih ramai..


Semasa pendaftaran... (dari depan) Zamri, Baok "Otai Pancing", Azman & Aku sdg sms ikan hehehe.... Rudin masih di belakang, Roy pula sudah di depan gate, mau ambik no 1...



Baru aje kami nak masuk gate ke jeti... sudah bising bising.. ada dah pemancing yg dpt ikan (ikan pertama dipancing juga diberi hadiah : Set joran & hamper).. pemancing yg bertuah tu tak lain tak bukan ialah Roy.... tahniah bro...


Aku bersama penyokong setia... isteri tersayang.. Kami berkumpul di bhgian tengah jeti, tempat pancingan Juara tahun lepas... semoga terkena tempiasnya.. setelah 1 jam.. 2 jam tiada regutan di pancingku... umpan ditukar dari udang, sotong, ikan basong.. namun masih kosong.... anak2 dah mula bising...


Ain anakku yg bongsu seringkali mendesak .."Abi.. cepatlah dptkan ikan.. org lain semua dah dpt.. pakcik Roy dah dpt dua.. Ayah Lia dah dapat, Abah Wawa pun dah dpt... Abi pulak tak pandai dpt2, dulupun tak dpt jugak..".


Kesian pulak aku mendengarnya.. Bagiku dpt mancing dah dikira berjaya.. dapat atau tak no 2...

budak2 begitulah..apalagi bila dia melihat hadiah yg disediakan..


Segala skill mancing dah aku try.. macam2 jampi serapah dah aku baca... jampi Bajau..jampi Suluk..jampi Bugis semua sudah... tapi kalau dah tak ada rezeki nak buat macamana...



Ain bersama hadiah yg disediakan...



Along & Lia


Angah penyokong setia.. sentiasa menemani..



Azman berjaya menaikkan kerapu seberat 600g



Azman & isteri (mishada) membawa ikan utk ditimbang..





Zamri bersama ikan Arut?



Seorang peserta membawa ikan ular?? ke meja urusetia... Tangkapan ikan pelik yg pertama juga disediakan hadiah oleh penganjur...



Ikan ular lagi..... spesis yg banyak dipancing oleh peserta pada hari tu...


Sehingga maghrib... belum ada peserta yg berjaya menaikkan ikan yg melebihi 1kg... Roy bertuah krn sekali lagi berjaya menaikkan seekor ikan..... siakap merah seberat 950g


Aku masih kosong... Selepas menunaikan tanggungjawab di surau berhampiran.. acara diteruskan.. mudah mudahan dptlah aku kali ni.. adalah rezeki buat penghibur anak2... Acara akan tamat pd jam 11.00 mlm... masa masih panjang ...



Sempat jugak si Lan berfacebook... caya lah...




Seorang peserta berjaya menaikkan selungsung seberat 2.9 kg, mendapat tempat kedua pada hari itu.. membawa pulang hadiah peti sejuk, hamper & wang tunai... tahniah bro..



Tempat pertama jatuh kpd pemancing yg berjaya menaikkan ikan Mayong seberat 3.5 kg..



Siakap merah Roy berjaya juga mendapat tempat ke 8 dgn hadiah berupa barangan elektrik & hamper.... Tangkapan Zamri & Azman terkeluar dari pertandingan disaat2 akhir...


Aku?.. selama 7 jam acara, hanya berjaya menaikkan seekor ketam...he5,... tersilap tempat agaknya aku ikut bertanding..... sepatutnya aku ikut pertandingan pancing ketam.. kompom aku JUARA dgn membawa pulang TV LCD Plasma, hamper & wang tunai....


Tepat 11.00 mlm siren dibunyikan.. tamatnya acara.... pembahagian hadiah dimulakan.. diselang seli dgn acara cabutan nombor bertuah... 25 cabutan dilakukan... satupun tarak sangkut... takda rezeki...
Akhir sekali.. terdengar MC mengumumkan : " Akhir sekali...Tahun ni satu kategori baru diwujudkan... iaitu kategori pengunjung setia..... jatuh kpd ***** ****** *** **** ****" .. terkejutnya.. bila nama yg disebut sebijik namaku.. betulke?... mmg betul akulah orgnya..... Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah... tanpa disangka, dpt juga aku hamper pengubat duka anak2.....

Hamper Pengunjung Setia


Akhir sekali, tahniah diucapkan kpd semua pemenang.. khususnya bro Roy yg dpt 2 kategori hadiah dan juga kpd semua rakan2 pemancing..... anda semua adalah JUARA... jumpa lagi dilain masa............
Selamat memancing... bye..



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sila Klik... please !!!