semenjak kebelakangan ni hampir setiap 2 minggu kami pasti ke sana.... agenda utamanya tentulah mancing... bila difikirkan, kesian jugak kpd anak isteri yg terpaksa turut serta...
Di tawau ni, bukan tak ada tempat mancing.. tapi kekangannya ialah utk kumpul kaki2 pancing... bermasalah sikit utk buat trip mancing..
Di semporna.. ramai kawan2 yg berstatus 'pemancing tegar' ... antaranya brader Zamry, bro Roy, abang long.... mrk ini bila disebut mancing..... terus disambut dgn kata keramat "ayuh"...
Adakah aku jugak pemancing tegar??? aku rasa belum sampai tahapnya lagi kut... cuma minat mancing.. tapi kalau dah agak lama tak mancing, terasa jugak giannya...
setakat ni, hanya mancing disungai & di perairan laut jer... tak penah ikut trip ke laut dalam lagi.. kelengkapan pancingpun ala kadar shj.. Tapi kalau ada ajakkan mancing, aku tak pernah menolak.. mungkin aku ni termasuk dlm golongan "Peminat mancing yg teramat"..
02/04/2011 (Sabtu)
Trip ini aku namakan Trip penuh perahu krn ahli komplot yg ramai berbanding dgn saiz perahu. 7 pemancing kesemuanya.. diketuai oleh brader Roy, tekongnya..abang long, aku dan 4 org kawan baru... sori bro krn tak sempat beramah mesra, walaupun hampir 10 jam bersama.. almaklumlah keadaan tidak mengizinkan...
Pemancing tegar.... bro Roy paling depan..
Perahu yg sesak... tak sempat menanya nama, namun kami mesra sbg rakan satu hobi..nanti kita mancing lagi bro..
Port pancingan kami adalah sekitar Pakalangan - Menampilik, target utama ialah ikan ketambak. Hasil pancingan sebelah pagi adalah kurang, walaupun telah byk kali pindah randah.. mungkin airnya tak ngam..
Bila menghampiri jam 3.00 ptg, ketika arus mula bergerak barulah semua pemancing mula sibuk... seringkali berlaku double strike atau double hook up.. dan sering tali pancing berbelit sesama sendiri.
Namun keseronokan menarik ikan tidak bertahan lama... apabila perahu hanyut dibawa arus ... sauh yg kecil tak berupaya menahan arus yg mula menderas & angin yg bertiup.. beberapa kali tekong cuba menjejak semula spot tersebut, tetapi gagal.. akhirnya kami kembali semula 'membangau'...
Pengajaran drp itu, dilain trip...d mana ada strike yg byk, pelampung penanda akan dilepaskan (hanya menggunakan botol mineral dan disambung tangsi dgn pemberat yg agak berat... utk memudahkan mengesan kawasan tumpuan ikan sekiranya hanyut.. barulah puas kita melayan ikan.
Jam 8.00 pagi aku turun dari rumah zamri kesungai Bukit Lalang berseorang utk casting... rasmi joran casting baru, sambil menunggu rakan pancing bro Zaidy yg dalam perjalanan pulang dari mancing di Bagang inderasabah,Tawau... hampir 2 jam baling gewang, namun hasilnya 'hampeh'...hanya menerima satu misscall... tercalar jugak gewang.. air pula dah makin surut,,
Tanpa disangka... satu call dari bro Roy yg mengajak mancing... terus aku iakan saja... terlupa pulak plan dgn isteri nak pulang awal ke Tawau.. terpaksa explain panjang lebar dgn isteri... terima kasih kpd isteriku, Pn Ghirwiza krn memahami.....
bro dikira bertuah sbb ada sorang isteri yg amat memahami hobi bro, mcm saya ni susah skit. nak mancing jer kena fikir 2 strategi, 1 utk isteri, 1 lagi utk ikan. Hahahahaha... apa pun report yg menarik. syok membacanya
ReplyDeletealhamdulillah... kalau isteri berat utk melepaskan kita pegi mancing, bukan juga bermakna dia tidak memahami bro... tapi mrk lebih bimbang ttg keselamatan kita... sy sering juga alami situasi begitu...
ReplyDelete