
1/06/2011 (Rabu)
10.00 pagi - Bertolak dari Sahabat 16 (rumah Pakcik Bauk) ke Pekan Lahad datu utk menziarahi keluarga d sana ..... singgah sebentar d kg. Membatu, tempat membesar isteri tercinta.. dah agak lama kami tak berkunjung di sini...
Selesai mkn tengahari, tengah duduk2 d beranda.. kelihatan 2 remaja mengandar ikan utk dijual kpd peraih, yg sgt menarik perhatianku ialah sekor kerapu seberat 13kg yg masih bernyawa... nyawa2 ikan..
rupa2nya ikan tersebut d pancing oleh Pak Pandaug d takat rahsianya... Apabila shj Pak Pandaug sampai d rumah, aku terus menyapa dan soalan cepu emas terpancul dari mulutku, "Bila pegi lagi?".. macam faham apa yg bermain difikiranku Pak pandaug menjawab "malam ni kita pegi kalau mau"... seperti org mengantuk dsorongkan bantal, aku terus mengiakannya, walaupun plan asal hanya utk singgah shj sebeelum ke lahad datu... nasib baik dlm bonet kereta sentiasa ada kelengkapan memancing...

Jam 5.30 pm- Ke pengkalan yg jaraknya lebih kurang 200meter dari rumah..





Menurut Pak Pandaug kedalaman disitu ialah 40 depa, umpan yg paling sesuai adalah ikan tulai hidup, dicangkuk d bwh perut dgn matakail no 6.... perambut sepanjang sedepa setengah dgn tali utama sekurang2nya 50lb..

Selepas itu, beberapa misscall diterima... dari pengalaman, Pak Pandaug menyatakan bhw datangnya dari ikan Tabung(spesis ikan merah)... mata pancing tidak solid melekat d bibir ikan krn saiz mata pancing & umpan yg besar...
Apabila arus dah mula lemah, timbul satu masalah apabila umpan dirosakkan oleh sejenis ulat laut...



jam 12.00 tengahmalam: terpaksa pulang awal setelah penat mengunjun bira-bira.. ikan tulainya entah kemana...
8/6/2011 (Rabu)
8/6/2011 (Rabu)
Setelah tertunda beberapa kali trip repeat ke takat rahsia Pak Pandaug dek cuaca yg tidak mengizinkan.. akhirnya petang rabu angin barat telah reda yg memungkinkan nelayan turun ke laut mencari rezeki..

jam 7.30 mlm- kami telah menurunkan pancing... beberapa strike diperolehi, tapi sayang nasib tidak menyebelahi kami... beberapa kes tali putus di sambar alu-alu dan sekali ikan tabung yg hampir sampai dibirai perahu terlucut bila mau d angkat..
Keseronokan memancing tidak berterusan krn cuaca tidak mengizinkan... angin barat dah mula bertiup, menyebabkan ombak yg boleh membahayakan bot2 kecil
Kami pulang pd jam 11.00 mlm dgn hanya membawa pulang ikan tulai shj....
09/06/2011 (Khamis)
6.00 pagi- Turun semula ke laut, setelah mendapati laut teduh.. tambahan pula umpan tulai semalam yg banyak...
Laut tenang dan tidak berarus mungkin menyebabkan kami "membangau" shj pagi ini.. sehingga tengahari tiada usikan... walaupun acapkali pindah randah... melawat2 bot mancing yg lain...