Followers

Wednesday, March 16, 2011

Mancing lagi... : Semporna, Sabah : 13/03/2011

Assalamualaikum... berjumpa lagi kita, tima kasih krn sudi singgah kat blog ngail ini.. blog yg memaparkan pengalamanku sbg pemancing....


Cuti sekolah baru saja bermula... plan asal mau bercuti ke lahad datu, tp terkesel last minit krn beberapa sebab... terasa lama benar dah tak mancing di L Datu ni, dengar khabar ikan putih tengaH mengamuk di laut Bangingod, Lahad Datu...

12/03/2011 (Sabtu)

Perjalanan Tawau ke Semporna mengambil masa kurang lebih 1.30 jam, kami tiba di Bubul (Rumah Zamri) pada pukul 5.30 ptg. Zamri tiada di rumah krn bertugas di luar kawasan... walaupun baru balik dari N 9.. sambung lagi di Kudat.. sekarang dengar2 khabar ke Perak pulak.. sibuk benar brader ni.. Isterinya Aiza & anak2 tlh pulang kampung pagi tadi, jadi hanya kami sekeluarga shj disini... trima kasih daun keladi kpd kedua suami isteri krn mengizinkan kami menjadikan rumahnya..rumah kami..hehehhe..


Setelah berehat sekejap, saya secara solo ke sungai berhampiran utk land based casting... terdapat beberapa pemancing yg sedang melabuh umpan dari atas jambatan.


Port ni menjadi kemestian ziarahku sekiranya bertandang ke Semporna, walaupun hasilnya hampeh... seringkali 'kumpau' aka 'mangkor'..



Dgn berbekalkan 3 ketul gewang, langkah diatur menuruni tebing ke tepi sungai... di suatu spot yg cantik gewang ku lempar.. terus dpt strike... kedengaran sorakan yeaarh!! dari geng2 pancing atas jambatan.. jeleslah tu!.. "bertuah sungguh aku hari ini", bisik hatiku... baru balingan pertama gewang terus saja dpt.. ada penonton lagi!... heheh..



Disuspekkan MJ, apabila menghampiri tebing.. bertukar pulak menjadi alu-alu... alu2 pun alu2lah...yg penting tarikan..




Alu2 mangsa gewang minnow... lupa pulak aku cap apa.. dibeli di Trg dgn harga RM16.50..



Setengah jam berikutnya berlalu tanpa ada layanan dari pemangsa... aku beredar pulang setelah mendengar azan maghrib berkumandang... esok mancing pula di laut..


Alu2 sebesar lengan tersebut telah selamat dimasak 'lohok', masakan tradisi bajau utk makan malam... alhamdulillah, cukup utk kami 5 beranak.



13/03/2011 (Ahad)

Seawal 7.00 pagi kami (bersama Brader Roy) bertolak dari rumah ke warong depan Bakhtiar utk membeli bekalan makanan, seterusnya ke rumah abang Long, seorang pesara tentera.. tekong kami hari itu..


Jam 7.30 pagi.. kami bertiga memulakan perjalanan dgn bot kayu berenjin suzuki 6hp dari pengkalan sungai airport.. target utama kali ini adalah ikan ketambak di area Pulau Menampilik..


30 minit perjalanan, kami sampai di port.. keadaan laut tenang, cuaca agak mendung.. kadangkala gerimis turun menyejukkan badan..


Ikan Memmol.. nama lainnya ketarap @ Bayan.. berumpankan udang pasar..



Bro Roy dgn Pogot @ Jebong... bahaya ikan nih...





Ikan ketarap lagi...




Abang Long.. otai pancing... dgn ketambak
Menurutnya, masa yg sesuai memancing ketambak kat sini ialah time air besar berumpankan udang..



Ikan Ketambak, spesis ikan karang.. biasanya bergerak secara berkumpulan




Kapal persiaran melintasi tempat kami mancing... port ni sibuk dgn bot2 pelancong yg ingin ke Pulau Sipadan & Mabul..




Ikan Ketambak mendominasi hasil pancingan kami, kadangkala kerisi & kerapu juga berjaya dinaikkan..



Jam 2.30 ptg kami bergerak pulang... walaupun tiada ikan yg bersaiz bagak, namun alhamdulillah.. kami dilayan dgn baik oleh penghuni dasar..


Hasil pancingan... kalau dikira ekor, byklah jugak ekornya.... kalau ikut timbangan mata mau 10 kg jugak ni... Alhamdulillah... Lain kali mancing lagi..


Terima kasih kepada Bro Roy & Abg Long ... terimakasih juga kepada isteri tercinta krn tahan melayan kerenah si tukang pancing ini & sentiasa mengambil berat serta mendoakan keselamatan suaminya...
Terimakasih juga kepada pengunjung yg sudi menghabiskan bacaan hingga ke noktah terakhir...
Berbanyak2 terimakasih kpd pengunjung yg sudi meninggalkan komen disini.... Thanks Bro...




Wednesday, March 2, 2011

Mancing di Tawau : Ahad (27.02.2011)

Dah lama tak mancing di perairan Tawau... mau 4 / 5 bulan agaknya, semenjak dua menjak ni aku hanya mancing di Semporna bersama brader Zamri & Roy...

Hari Sabtu (26.02.2011) Zamri & Roy serta keluarga masing2 dari Semporna berkunjung & bermalam d rumah..

Bila dah berkumpul... seperti biasa kaum ibu sibuk dgn plan shopingnya... kami pulak.. apa lagi, perkara yg paling seronok.. kalu bukan mancing..

Beberapa call dibuat kpd tekong2 pancing, tp malang krn kebanyakannya tlh ditempah, maklumlah hari cuti & keadaan laut ngam..

Mujurlah seorang kawan lama, bro Razak memberi beberapa nombor... dan akhirnya kompem jam 7.00 pagi esok (Ahad) bertolak dari pengkalan batu dgn bot Aswandy ( anak tekong Bedu)..




Brader Roy & Zamri... melintasi kapal2 nelayan..



Pemancing2 lain yg mencuba nasib di takat batu tohor...




Hanya ikan bersaiz telapak tangan shj yg sudi menjamah umpan




Perahu tekong Bedu dgn pemancing 1malaysia..






Perjalanan ke takat Hj Kuning, Pulau Sebatik..





GT remaja oleh brader Roy..







Keseluruhan hasil oleh 3 pemancing, walaupun tak byk, tp alhamdulillah.. Sekurang2nya kami dpt meluangkan masa dgn membuat apa yg kami suka...


Jam 2.00 ptg kami bertolak pulang..





Bandar Tawau dilihat dari laut.. perjalanan pulang mengambil masa +- 25 minit..



Sekian dulu, jumpa lagi...






Related Posts with Thumbnails

Sila Klik... please !!!