Followers

Tuesday, April 19, 2011

Bangingod, Lahad Datu : 17.04.2011

Aruan tasik antara spesis buruan kaki2 pancing krn daya juangnya... lebih2 lagi kalu saiznya melebihi 10kg, dilayan dgn set ringan lagi... boleh parkinson dibuatnya..

Heran jugak aku knp d kasi nama 'aruan'... haruan ikan air tawar, ditambah lagi dgn 'tasik'..sedangkan ikan ni duduk dlm laut... kompius2...

Nama orang putihnya Cobia bla, bla bla... org tempatan (area Tungku, Lahad datu) panggil ikan ni 'Langa-langa'... aku rasa nama ni lebih ngam kot...




Alhamdulillah, pada ahri minggu yg lalu aku tlh diberi kesempatan melayan tarikan sang langa-langa ini... syukur..


16/04/2011 (Sabtu)
Plan asal utk kesemporna... trolling bersama brader Zamry & roy terkensel krn satu panggilan telefon, terpaksa pegi lahad datu pulak... mula2 frust jugak, maklumlah semua tlh diatur.. cuma tinggal jalan jer..

Tapi apa boleh buat, kita hanya merancang..tuhan yg menentukan. Kekecewaan sedikit terubat apabila memikirkan tpt dituju ialah Kg. bangingod.. tpt aku mula belajar mancing.. bolehlah aku mancing kat sana..

Tanpa disangka, Zamry sekeluargapun turut menyertai kami pulang kekampung... wow, hilang semua kefrusan yg ada. Cuma sedikit terkilan apabila teringatkan Brader Roy yg terpaksa menunda sendirian....

Kami sampai di Bangingod hampir maghrib... selesai shj solat, spt biasa kami akan lapor diri d sungai tulibas... casting & membottom... hasilnya ? macam biasa... hampeh!!!.. nasib baik Zamry bawa rambat(jala)... adalah jugak udang & belanak yg dibawa pulang...






17/04/2011 (Ahad)

Awal2 pagi bersama Zamry telah turun ke laut utk sesi trolling, udang & sotong pasar juga dibawa bersama sbg 'insuran'...manalah tau ikan kat sini tak mau mkn gewang..


Sedang menyiapkan perahu... keadaan laut tenang..


Zamry "The Boatman"...



mangsa pertama.. ikan barira @ parang vs gewang strike pro



Alu2 sirip kuning vs hinomiya belang kuning




Todak vs strike pro




Bernafsu besar ikan nih... spesis ikan pasir, org kampung panggil "ikan boto' erok"


Ikan botok erok lagi... 6 ekor kami dpt ikan ni.. byk lagi yg rabut

Ikan langa-langa yg menyambar gewang hinomiya.... merupakan lesen cobiaku setelah hampir 20 thn terjerumus dlm dunia hanyir ni..

ikan terakhir.... spesis kerapu terpedaya dgn hinomiya kepala merah...




Hasil kesilapan sendiri... joran eupro yg belum sampai sebulan dibeli patah krn gewang sangkut kat batu.... joran patah, gewang lenyap.....

Sekian dulu bro, ngantuk dah...hehehe... jumpa lagi....
 





Wednesday, April 6, 2011

Trip Penuh Perahu,,: 2 & 3 April 2011

Jumaat malam - bertolak ke semporna bersama anak2 & isteri, perjalanan lebih 100km spt dah menjadi kebiasaan kpd kami. Kalau dulu, berfikir panjang jugak utk kesemporna nih...

semenjak kebelakangan ni hampir setiap 2 minggu kami pasti ke sana.... agenda utamanya tentulah mancing... bila difikirkan, kesian jugak kpd anak isteri yg terpaksa turut serta...

Di tawau ni, bukan tak ada tempat mancing.. tapi kekangannya ialah utk kumpul kaki2 pancing... bermasalah sikit utk buat trip mancing..

Di semporna.. ramai kawan2 yg berstatus 'pemancing tegar' ... antaranya brader Zamry, bro Roy, abang long.... mrk ini bila disebut mancing..... terus disambut dgn kata keramat "ayuh"...

Adakah aku jugak pemancing tegar??? aku rasa belum sampai tahapnya lagi kut... cuma minat mancing.. tapi kalau dah agak lama tak mancing, terasa jugak giannya...

setakat ni, hanya mancing disungai & di perairan laut jer... tak penah ikut trip ke laut dalam lagi.. kelengkapan pancingpun ala kadar shj.. Tapi kalau ada ajakkan mancing, aku tak pernah menolak.. mungkin aku ni termasuk dlm golongan "Peminat mancing yg teramat"..

02/04/2011 (Sabtu)


Trip ini aku namakan Trip penuh perahu krn ahli komplot yg ramai berbanding dgn saiz perahu. 7 pemancing kesemuanya.. diketuai oleh brader Roy, tekongnya..abang long, aku dan 4 org kawan baru... sori bro krn tak sempat beramah mesra, walaupun hampir 10 jam bersama.. almaklumlah keadaan tidak mengizinkan...

Pemancing tegar.... bro Roy paling depan..



Perahu yg sesak... tak sempat menanya nama, namun kami mesra sbg rakan satu hobi..nanti kita mancing lagi bro..



Resort kerabat diraja sakti..


Port pancingan kami adalah sekitar Pakalangan - Menampilik, target utama ialah ikan ketambak. Hasil pancingan sebelah pagi adalah kurang, walaupun telah byk kali pindah randah.. mungkin airnya tak ngam..


Bila menghampiri jam 3.00 ptg, ketika arus mula bergerak barulah semua pemancing mula sibuk... seringkali berlaku double strike atau double hook up.. dan sering tali pancing berbelit sesama sendiri.


double hook up ketambak

Namun keseronokan menarik ikan tidak bertahan lama... apabila perahu hanyut dibawa arus ... sauh yg kecil tak berupaya menahan arus yg mula menderas & angin yg bertiup.. beberapa kali tekong cuba menjejak semula spot tersebut, tetapi gagal.. akhirnya kami kembali semula 'membangau'...


Pengajaran drp itu, dilain trip...d mana ada strike yg byk, pelampung penanda akan dilepaskan (hanya menggunakan botol mineral dan disambung tangsi dgn pemberat yg agak berat... utk memudahkan mengesan kawasan tumpuan ikan sekiranya hanyut.. barulah puas kita melayan ikan.


ikan memmol @ ketarap @ bayan

otai pancing



hasil pancingan aku dgn abang long..




03/04/2011 (Ahad )


Jam 8.00 pagi aku turun dari rumah zamri kesungai Bukit Lalang berseorang utk casting... rasmi joran casting baru, sambil menunggu rakan pancing bro Zaidy yg dalam perjalanan pulang dari mancing di Bagang inderasabah,Tawau... hampir 2 jam baling gewang, namun hasilnya 'hampeh'...hanya menerima satu misscall... tercalar jugak gewang.. air pula dah makin surut,,


Tanpa disangka... satu call dari bro Roy yg mengajak mancing... terus aku iakan saja... terlupa pulak plan dgn isteri nak pulang awal ke Tawau.. terpaksa explain panjang lebar dgn isteri... terima kasih kpd isteriku, Pn Ghirwiza krn memahami.....



Sembilang pertamaku di perairan semporna..


ikan tali pinggang... kalu lambat ditarik nescaya ia akan membenamkan kepalanya ke lumpur


Spesis yg biasa di pancing di sini...

ikan ketambak


Jam 5.00 pulang kejeti dgn hasil yg tidak seberapa... Rezeki adalah ketentuan Allah..

Apapun perancangan & persediaan yg dibuat. rezeki tetap ditangan yang esa. maka kita patut bersyukur dgn apa yg kita dpt. sabar dan besyukur adalah dua elemen utama dlm dunia memancing.. dan satu perkara yg lebih penting, kita henaklah bersedia utk kumpau walau serapi mana persediaan kita...

Selamat memancing



Related Posts with Thumbnails

Sila Klik... please !!!