
Gang Pancing Tawau mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri kpd semua pengunjung... maaf zahir Batin..
Kerapu yg belum baligh sudi menjamah gewang cap ayamku...
Port casting yg cantik.. cuacapun bagus, tak panas... tapi penghuninya tidur, penat berpuasa agaknya hehe5....Jam 9.00 mlm bersama Zamri ke Pakalangan.. membottom berumpankan sotong pasar... pancingan jeti.. port yg biasa kami pergi.. sesuai tempat santai2 bersama keluarga sambil memancing..


Ikan pertama yg kudapat... ketambak
Roy dgn kerisi
Ikan Kemmi.. panggilan penduduk tempatan.. berguna utk tujuan perubatan.. oleh krn sifatnya yg suka melekat pd badan ikan yg besar spt yu, paus... org2 tua menjadikannya ubat utk merapatkan hubungan suami isteri...
Zamri dgn ikan apa entah.. spesis ikan batu karang..
Ikan buntal.. juga boleh dijadikan juadah yg enak.. masakan 5 bintang, spesis yg dicari penduduk tempatan..
Lesen jigging.. sempat gak belajar jigging dgn light jig 60g yg telah lama aku beli "dkedai bawah tangga", Tawau.. walaupun mangsanya sebesar ibu jari jer.. permulaan yg baik bagi org baru nii...

Bersama Raul.. kaki pancing & kaki bola...
Salam perkenalan dari penghuni perairan Tawau... disuspekkan ikan putih, bila kelibat muncul di permukaan.. pari rupanya...
Pari lalat lebih kurang 5 kilo.. berjaya dinaikkan di Muara Ice Box semasa sesi warming up... tahniah bro....
bersama putih baby
Semasa pendaftaran... (dari depan) Zamri, Baok "Otai Pancing", Azman & Aku sdg sms ikan hehehe.... Rudin masih di belakang, Roy pula sudah di depan gate, mau ambik no 1...
Baru aje kami nak masuk gate ke jeti... sudah bising bising.. ada dah pemancing yg dpt ikan (ikan pertama dipancing juga diberi hadiah : Set joran & hamper).. pemancing yg bertuah tu tak lain tak bukan ialah Roy.... tahniah bro...
Aku bersama penyokong setia... isteri tersayang.. Kami berkumpul di bhgian tengah jeti, tempat pancingan Juara tahun lepas... semoga terkena tempiasnya.. setelah 1 jam.. 2 jam tiada regutan di pancingku... umpan ditukar dari udang, sotong, ikan basong.. namun masih kosong.... anak2 dah mula bising...

Angah penyokong setia.. sentiasa menemani..
Azman berjaya menaikkan kerapu seberat 600g
Azman & isteri (mishada) membawa ikan utk ditimbang..
Seorang peserta membawa ikan ular?? ke meja urusetia... Tangkapan ikan pelik yg pertama juga disediakan hadiah oleh penganjur...
Seorang peserta berjaya menaikkan selungsung seberat 2.9 kg, mendapat tempat kedua pada hari itu.. membawa pulang hadiah peti sejuk, hamper & wang tunai... tahniah bro..
Sempena Pertandingan Memancing bertempat di Jeti KD Sri Semporna... yuran penyertaan RM50/joran... hadiah lumayan... pasti meriah..
Cubaan keduaku ... tahun lepas pulang dgn tangan kosong ( sila klik )
Antara Kerapu yg berjaya dipancing berumpankan udang hidup...
Brother Mazlan .. kawan lama, tak sangka pulak dia dah ada bot sendiri... cayalah bro... kalau dah pulang Tawau, roger rogerlah kitaorang...
Alhamdulillah.. adalah jugak rezeki yg dibawa pulang.. beberapa ekor kerapu & tetanda serta gelama yg agak banyak...
sekian dulu utk kali ini... jumpa dilain laporan..