Wednesday, November 11, 2009
Trip Penutup 2009 Di Perairan Tawau, Sabah - Isnin (09.11.2009)
Ini merupakan trip penutup bagiku di Tawau untuk 2009 krn pada 14.11.09(Sabtu) akan berangkat ke KL menghadiri satu majlis di PWTC pada 17.11.2009(Selasa)..... dan terus pulang ke Trg pada 24.11.2009.
Pulang semula ke Tawau pada 01.01.2010.. insyaalah..
Monday, October 19, 2009
Gelama Lagi ! | Ahad (11.10.2009)


Penyiut udang berlatar belakangkan perkampungan nelayan Ice Box
Hari ini kami cuma membeli umpan udang hidup RM10.00 sahaja krn kebiasaannya umpan kami tidak sempat habis kecuali kalau "gelama menyerang"
Penyiut udang ini juga adalah penghuni perkampungan Ice Box ini.. Pendapatan mereka agaknya RM10 - RM50 sehari.. bergantung kpd keadaan laut dan permintaan dari "tukang pancing".
Antara pemancing yang setia mencuba nasib di sini
Menunggu pancing disambar ikan... target utama ikan putih, merah, kuli balai dll yang dikhabar begitu banyak waktu dulu - dulu - dulu - dulu.....
1 jam, 2 jam, 3 jam.... satu pun tarak.....

Rahul dgn anak ikan putih.. (satu2 nya ikan putih pd hari ini..)

Hanya ikan gelama yg banyak kami dapat.... bagiku gelamapun jadilah, yg penting "tarikan"
Tapi bagi pemancing yg bergantung hidup dgn kerja ini.. spt Ali, Main, lelek dll.. dapatkah ditampung keperluan keluarga dgn 5/6 kg ikan gelama?... belum lagi tolak kos umpan, petrol, alat memancing......
Semakin terbakar hati apabila melihat sebuah pukat tunda tanpa rasa bersalah menurunkan pukatnya berhampiran dgn kami.. mana peginya pihak berkuasa? tak nampak ke?.. di siring pantai je ni... dekat bandar pulak tu...
Betullah gagasan 1Malaysia "RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".... geng2 pukat tunda rakyat jugak.. "pencapaian" mereka ribu2 kali ganda dari kami... itulah sebabnya mereka berleluasa agaknya.....
Frustnya.. geram!! ... itulah agaknya mamat kat bawah ni jadi macam tu...

Alloo bro !... apa lu pancing?.. pancing undi ka?... itula.. dulu lu pangkah DAP... kenapa tak pangkah UBN 1Malaysia.. BN bagus ma !!... nanti 1Malaysia akan kasi lu KUPON beli ikan kat pasar... Kah kah kah... kalu tak pun lu boleh join kami mancing gelama...

gelamapun gelamalah.. boleh bikin ikan masin ma !! .... kalau lu tak suka gilama mau tinggili juga klik sini... jangan tak klik tau.....lu mesti klik ma!!!
Monday, October 5, 2009
Memancing Kerisi Di Perairan Bangingod, Lahad Datu | Ahad (27.09.09)

Azman dengan kerisi & anak kerapu
Zamri dgn kerisinya
Bersama kerisi

Hasil pancingan lebih kurang 2 jam
Sekian dulu untuk kali ini... jumpa lagi..
Friday, October 2, 2009
Hajat Tak Kesampaian | Mengunau di Pantai Bangingod : Sabtu (26.09.09/ 7 Syawal 1430H)

Azman & Zamri bertungkus lumus 'menyetart' enjin sampai mengelupas tangan..... akhirnya perahu dinaikkan ke darat..... dan menyertai anak2 mencari kunau di pantai
Along (Sh. Azyyati Ilyana) dengan kunaunya
Ain ( Anak Bongsuku.. setakat ni) juga berjaya mendapatkan kunau


Cikgu Rosdi Awang (Kenalan lama) dgn kunaunya... 4 hari lepas berpesta ikan merah... lebih 80 ekor merah berjaya dipancing di Sungai nipah, Tambisan.. bersama Suhart0 & Gabir.
Sekian dulu... jumpa lagi...
Wednesday, September 30, 2009
Lepas Gian di Jeti Tambisan, Sandakan | Khamis (24.09.09/ 5 Syawal 1430H)

Gerbang yg menyambut kedatangan pengunjung

Along ( anak pertamaku ) dgn ikan pisang2

Wawa antara yg banyak menaikkan ikan


......... kapten kapal (My Mem) he he he....

Gaya seorang tukang pancing professional (Mishada) Hasil pancingan
Jam 5.00 ptg pulang ke Sahabat 16...
Jumpa lagi di lain laporan.........bye
Friday, September 18, 2009
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Saturday, August 22, 2009
Sunday, August 9, 2009
Karnival Joran Merdeka KD Sri Semporna 2009
Pertandingan bermula jam 4.00 ptg dan berakhir pada jam 11.00 mlm.. dianggarkan hampir 300 pemancing mengambil bahagian dicampur dgn ahli keluarga masing2, penuh sesak jeti Navy hari ni...

Penyokong setia isteri & anak-anak
Sedia untuk turun ke gelanggang
Tepat jam 4.00 siren dibunyikan.. startnya acara, belum sempat lagi aku memasang umpan.. dah ada pemancing dpt ikan (2 hadiah ikan terawal dipancing juga disediakan).. baru aku melempar pancing 2 org lagi pemancing berlari membawa ikan utk ditimbang... tiada harapan utk mendapat hadiah pancingan terawal... Zamri juga antara yg mendapat ikan yg terawal, tapi tidak dikira krn berat kurang drp 200g... tapi tak apa.. ikan terberat yg menjanjikan hadiah utama masih ada.. dikhabarkan di jeti ini pernah dinaikkan ikan Keratang seberat 80 kg.. itu yg aku tunggu... malangnya sehingga jam 6.00 ptg ikan bilis pun tak menyentuh umpan...
Jam 6.30 berhenti rehat, menunaikan kewajipan di surau berdekatan... jam 7.00 mlm sambung mancing... ikan besar menjadi impian. setakat ini rekod ikan terberat berjaya dinaikkan masih lagi kurang drp 1kg.. peluang masih terbuka luas.... memang ada ikan besar di sini.. 2 joran peserta terbang ke laut tidak dijaga... menjelang jam 10.00 mlm semakin ramai peserta membawa ikan untuk ditimbang.. ikan bersaiz bagak belum ada... paling berat pun 1050g(pari).. Zamri juga turut menaikkan beberapa ekor lagi tapi kecik2.. tak boleh masuk bertanding... aku masih kosong.... "mambung"sejak mula..... Tiba-tiba!! pancing ku disentak kuat... dgn penuh debaran pancing disambar... tapi malang seribu kali kali malang.. sangkut ditiang pulak.. putus.. begitulah kalau tidak ada rezeki...



Tepat jam 11.00 malam siren dibunyikan.. tamatnya pertandingan memancing.. walaupun tak dapat hadiah utama.. tapi kami gembira.. seharian memancing bersama isteri & anak2 & rakan2 yg mempunyai minat yg sama.... Tahniah diucapkan kepada semua pemenang, terutama kpd En. Jampi yg telah memenangi tempat pertama (Pari - 1050g) dgn membawa pulang hadiah:
PIALA/TV LG 32IN PLASMA/
KIPAS ELEKTRIK/HAMPER/
WANG TUNAI RM700.00
Sekian dulu... jumpa dilain laporan
Saturday, July 25, 2009
Resepi Stim Ikan Kerapu

Bahan-Bahan:
Seekor ikan kerapu ( sederhana besar )
Bahan A :
1 labu Bawang besar ( dimayang halus )
Bawang putih 3-4 ulas ( diketuk )
Halia 1.5 cm ( dihiris )
Serai 4 batang ( diketuk )
Bahan B :
2 sudu air asam jawa
Sesudu kicap sotong @ sos ikan
Sesudu sos tiram
Serbuk perasa
Daun limau purut
Cili padi
Cara:
1. Bersihkan ikan. panaskan minyak dan tumiskan semua bahan A.
2. Bila agak wangi masukkan sedikit air dan juga bahan B
3. Masukkan serbuk perasa. akhir sekali masukkan ikan dan daun limau purut serta cili padi.
Tambahan:
Kalau suka sayuran, letak aje masa nak masak tu ( lepas masukkan ikan )
Berikut pula resepi dari http://www.myresipi.com/
Bahan-bahan ( 2 orang )
• 1 ekor ikan kerapu
• Udang kering (ditumbuk halus)
• Serai (diricik halus)
• Bawang merah
• Bunga Kantan (diricik halus)
• Cili Merah
• Bawang Putih
• Daun limau purut (2 helai – diricik halus)
• (kesemua bahan diatas dikisar & digoreng untuk membuat special sos)
• 2 sudu sos ikan
• 2 sudu air perahan limau
• Sedikit Gula
• Sedikit Garam
• Tepung jagung (untuk memekat kuah sos)
• Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara
1. Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali
2. Setelah minyak panas, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar
3. Masukkan sos ikan
4. Masukkan air perahan limau
5. Setelah itu masukkan gula, garam dan tepung jagung untuk memekatkan sos
6. Tuangkan sos ke atas ikan
7. Kemudian stimkan ikan dalam kukus selama 10 – 15 minit