Followers

Sunday, January 24, 2010

Resepi Ikan Masak Tiga Rasa

Malam tadi terima sms dari Raul yg menyatakan kansel mancing esok(ari ni) krn Ali "Boatman" demam..

Jadi ari ni duduk2 je kat rumah... mancing je kat alam maya.. lawat blog rakan2...
terjumpa pulak resepi ni..

Sama-sama kita kongsi..


Bahan-Bahan:
Bahan a)(tumisan)
minyak
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
cili kering (2 sudu kalau dah blender)
serai 1 batang
belacan sedikit
(semua bahan di atas dimayang)


Bahan b (penambah rasa)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar taucu
2 sudu besar sos cili
sedikit gula/garam/ajino
air 1 cawan

Bahan c (optional)hiasan
tomata - 1 biji
cili merah
daun bawang
1 sudu tepung jagung(campur air)

Bahan d (ikan siakap/bawal putih)
ikan siakap agak2 besar sikit dan mestilah segar

Cara:
Cara2:
Ikan digoreng dengan kunyit & garam sampai garing. asingkan minyak sedikit, lebihnya digunakan untuk menumis bahan a yang dimayang tadi. apabila agak wangi masukan bahan b gaulkan sekejap masukkan air dan bahan 2. bila kuah tersebut mendidih masukan tepung jagung. bila kuah agak pekat, masukkan bahan c (tomato potong 6/cili merah dan daun bawang) biar kuah tadi mendidih sekejap. Tuangkan kuah ke atas ikan yang telah digorang tadi.

Cadangan Hidangan:
untuk hiasan taburkan daun bawang dan cili merah.

Tambahan:
minyak hendaklah banyak untuk menggoreng ikan

Sumber : http://resepi.mesra.net/

1 comment:

Related Posts with Thumbnails

Sila Klik... please !!!