Followers

Thursday, November 11, 2010

Trip Makan Angin & Mandi Hujan : 6 & 7 Nov 2010

5 November 2010 (Sabtu)

Kali ini, bertiga (Saya, Zamri & Roy) dgn misi trolling di port biasa kami. Ini merupakan trip menunda kali ke-5 kami di perairan Semporna. Trip terdahulu alhamdulillah 'memuaskan'.. beberapa kerapu, alu-alu, talang, MJ & GT telah berjaya ditawan, walaupun saiznya dibawah 3kg..

Mudah2an kali ini ikan bersaiz mega pulak menjadi mangsa..

Perjalanan bermula dari jeti nelayan sebelah hotel seafest Semporna. Keadaan cuaca agak mendung.. laut yg pasang dah beransur surut...



Keadaan air pasang yg luar biasa di Semporna, Sabah.. Perahu boleh di"park" diberanda rumah..



Beginilah keadaannya bila air pasang besar... banjir oleh air masin, tentu seronok budak2 main air dlm rumah..tentu jugak sibuk tuan rumah "mengurus" brg2 dlm rumah..

Setengah jam perjalanan ke port.. jam 7.30 pagi gewang mula diturunkan. Laluan tundaan adalah disebelah pulau.. melintasi ladang agar2 penduduk tempatan..

Bercucuk tanam di laut.... ladang rumpai laut


Gewang kepala merah jenama santec saya pertaruhkan, Roy pula dgn Hinomiya kepala merah. Sejam berlalu tanpa sambaran... hanya sampah yg sudi mensuspenkan keadaan...


Gewang cap santec terbelah hanya krn tersangkut sampah...



Tercabut mata kail setelah menerima regutan kecil... tarak guna punya santec




GT remaja hasil pertama gewang Tormentor oren... Itulah satu2nya hasil trolling kami hari itu setelah lebih 3 jam menunda.. dgn 2 gewang telah selamat dijadikan tukun, sekor ditindik kat hidung alu-alu dijadikan anting2 sbg hadiah kenang kenangan..




Merambat/menjala di sungai mencari umpan utk membottom.. beberapa ekor shj dpt..





Ikan Pogot/Jebong berumpankan basong pasar




Brother Roy dgn ikan pisang2 ?




Zamri ber"bira2" Lumahan/kembung





Ikan apa ni?.. Zamri cakap namanya ikan Tawau..


Setelah kesejukan berhujan... kami bertolak pulang tepat jam 2.30 ptg..


Ahad (7 Nov 2010)

Hari ini agak lewat turun kelaut.. jam 8.30 pagi baru bertolak dari jeti. Cuaca agak panas, kali ini misinya adalah Trolling & Casting di Sungai..mencari Tembaring..



Tangkapan pertama dari Zamri dgn Hinomiya kaler hijau..



Alu-alu kecil di sungai...





Kerapu kedua Zamri di muara..



Baby GT mangsa Abu Tormentor






Roy dgn kerapunya






Ikan Putih/GT hasil trolling terakhir kami...
Jam 1.00 ptg ke Jeti Pakalangan.. anak isteri dah menunggu di sana utk acara makan2




Jeti Pakalangan yg dah semakin uzur...
Trip ini merupakan trip terakhir saya di Sabah pada tahun 2010 krn pd 14/11/2010 akan bertolak pulang ke kampung... jumpa lagi di tahun hadapan..



1 comment:

Related Posts with Thumbnails

Sila Klik... please !!!