Followers

Showing posts with label Lahad Datu. Show all posts
Showing posts with label Lahad Datu. Show all posts

Thursday, June 10, 2010

Casting Siakap Merah di Sungai Tulibas, Tunku, Lahad datu - Jumaat (28.05.2010)

Cuti panjang dah bermula (3 minggu).. peluang utk balik kg.. mancing, perjalanan dari Tawau ke Kg. Bangingod, Lahad Datu mengambil masa lebih kurang 4 jam... sesampai di Bangingod terus lapor diri bersama Zamri di Sungai Tulibas.. mengasting....


Siakap merah yg pertama berjaya dicasting oleh zamri...

Mangsa yg pertama setelah 5 kali cubaan...


Siakap Merah lagi... nampaknya SM galak menyambar... mungkin keadaan laut yg mula pasang menyebabkan ikan mula berkumpul di muara sungai...

Siakap Merah yg terakhir setelah lebih kurang 1 jam mengasting.... jam 6.00 ptg pulang setelah tiada lagi sambutan dari pemangsa di bawah....
Esok mengasting lagi..... tunggu dilain laporan, bye....

Friday, February 19, 2010

Ngail lagi : Santai di Pantai Bangingod, Lahad datu - Ahad & Isnin (Cuti Tahun Baru Cina)

Sempena cuti Tahun Baru Cina , aktiviti memancing dirancang.... sudah tentu Kg. Bangingod menjadi destinasi ideal utk aktiviti ini.... semua geng pancing (keluarga) pulang kampung.. aku sekeluarga dari Tawau, Zamri & keluarga dari Semporna, Saudi & family dari kota Belud, Baok & isteri, azman & keluarga dari sahabat 16.... kesemua ahli komplot hampir 30 orang (anak2 & ibubapa).... meriah sungguh..

Oleh krn ramai kaki pancing, 1 perahu dari shbt 16 terpaksa diangkut dgn hilux ke Kampung...




Ke pantai Bangingod pd jam 1.00 ptg... keadaan laut bagus nampaknya..

Perahu terpaksa ditarik dgn hilux krn air dah surut... sementara bapak2 menguruskan perahu, ibu2 mengatur makan tengahari...
Geng2 pancing makan tengahari, kebanyakan menunya ialah ikan.. ikan yg dipancing oleh Zamri, Baok & azman petang semalam di Shbt 16...

Siput yg dicari oleh kaum ibu sedang dipanggang... sgt enak kalau dimakan berjemaah.. berebut2 lagi...

Antara anak2 yang menyertai komplot ini... mandi laut & main pasir kesukaan mereka.. sabar !! cuaca masih panas....




Oleh krn perahu yg kecil, hanya 8 org pemancing shj yg bertuah menyertai acara (pertandingan)
ini.. yg lain terpaksalah jaga anak & cari kerang kerangan je...
Perahu pertama diketuai oleh Zamri "bot man".. ahlinya ialah Lalan, Jali & aku selaku "jangkar man"



Perahu kedua pesertanya ialah Azman, Mishada, Haiza & baok "otai pancing".... Gandingan yg mantap



Pertandingan dimulakan tpt jam 2.00 ptg... bot meluncur laju mencari port yg bagus... tiada peraturan pertandingan.... pasukan yg dpt byk ikan ialah PEMENANG.... hadiahnya... makan ikan sama-sama...


Zamri dgn dua ekor kerapu....


Jali dgn kerisi..



Aku dgn dua ekor kerisi...


Kelihatan azman berjaya menaikkan seekor Pogot... pertandingan sgt sengit, masing2 pasukan silih berganti menaikkan ikan..


Hasil tangkapan yang berjaya kami dapat.. tiada ikan besar, kebanyakannya kerisi bawah 500g..




Bekas 1




Baldi 1



baldi 2



Bekas 2

Pemenang pertandingan tidak diketahui, seri agaknya... tak sempat nak kira.. penat..

Sekian dulu... esok mancing lagi.. bye


Related Posts with Thumbnails

Sila Klik... please !!!