Followers

Tuesday, April 19, 2011

Bangingod, Lahad Datu : 17.04.2011

Aruan tasik antara spesis buruan kaki2 pancing krn daya juangnya... lebih2 lagi kalu saiznya melebihi 10kg, dilayan dgn set ringan lagi... boleh parkinson dibuatnya..

Heran jugak aku knp d kasi nama 'aruan'... haruan ikan air tawar, ditambah lagi dgn 'tasik'..sedangkan ikan ni duduk dlm laut... kompius2...

Nama orang putihnya Cobia bla, bla bla... org tempatan (area Tungku, Lahad datu) panggil ikan ni 'Langa-langa'... aku rasa nama ni lebih ngam kot...




Alhamdulillah, pada ahri minggu yg lalu aku tlh diberi kesempatan melayan tarikan sang langa-langa ini... syukur..


16/04/2011 (Sabtu)
Plan asal utk kesemporna... trolling bersama brader Zamry & roy terkensel krn satu panggilan telefon, terpaksa pegi lahad datu pulak... mula2 frust jugak, maklumlah semua tlh diatur.. cuma tinggal jalan jer..

Tapi apa boleh buat, kita hanya merancang..tuhan yg menentukan. Kekecewaan sedikit terubat apabila memikirkan tpt dituju ialah Kg. bangingod.. tpt aku mula belajar mancing.. bolehlah aku mancing kat sana..

Tanpa disangka, Zamry sekeluargapun turut menyertai kami pulang kekampung... wow, hilang semua kefrusan yg ada. Cuma sedikit terkilan apabila teringatkan Brader Roy yg terpaksa menunda sendirian....

Kami sampai di Bangingod hampir maghrib... selesai shj solat, spt biasa kami akan lapor diri d sungai tulibas... casting & membottom... hasilnya ? macam biasa... hampeh!!!.. nasib baik Zamry bawa rambat(jala)... adalah jugak udang & belanak yg dibawa pulang...






17/04/2011 (Ahad)

Awal2 pagi bersama Zamry telah turun ke laut utk sesi trolling, udang & sotong pasar juga dibawa bersama sbg 'insuran'...manalah tau ikan kat sini tak mau mkn gewang..


Sedang menyiapkan perahu... keadaan laut tenang..


Zamry "The Boatman"...



mangsa pertama.. ikan barira @ parang vs gewang strike pro



Alu2 sirip kuning vs hinomiya belang kuning




Todak vs strike pro




Bernafsu besar ikan nih... spesis ikan pasir, org kampung panggil "ikan boto' erok"


Ikan botok erok lagi... 6 ekor kami dpt ikan ni.. byk lagi yg rabut

Ikan langa-langa yg menyambar gewang hinomiya.... merupakan lesen cobiaku setelah hampir 20 thn terjerumus dlm dunia hanyir ni..

ikan terakhir.... spesis kerapu terpedaya dgn hinomiya kepala merah...




Hasil kesilapan sendiri... joran eupro yg belum sampai sebulan dibeli patah krn gewang sangkut kat batu.... joran patah, gewang lenyap.....

Sekian dulu bro, ngantuk dah...hehehe... jumpa lagi....
 





Wednesday, April 6, 2011

Trip Penuh Perahu,,: 2 & 3 April 2011

Jumaat malam - bertolak ke semporna bersama anak2 & isteri, perjalanan lebih 100km spt dah menjadi kebiasaan kpd kami. Kalau dulu, berfikir panjang jugak utk kesemporna nih...

semenjak kebelakangan ni hampir setiap 2 minggu kami pasti ke sana.... agenda utamanya tentulah mancing... bila difikirkan, kesian jugak kpd anak isteri yg terpaksa turut serta...

Di tawau ni, bukan tak ada tempat mancing.. tapi kekangannya ialah utk kumpul kaki2 pancing... bermasalah sikit utk buat trip mancing..

Di semporna.. ramai kawan2 yg berstatus 'pemancing tegar' ... antaranya brader Zamry, bro Roy, abang long.... mrk ini bila disebut mancing..... terus disambut dgn kata keramat "ayuh"...

Adakah aku jugak pemancing tegar??? aku rasa belum sampai tahapnya lagi kut... cuma minat mancing.. tapi kalau dah agak lama tak mancing, terasa jugak giannya...

setakat ni, hanya mancing disungai & di perairan laut jer... tak penah ikut trip ke laut dalam lagi.. kelengkapan pancingpun ala kadar shj.. Tapi kalau ada ajakkan mancing, aku tak pernah menolak.. mungkin aku ni termasuk dlm golongan "Peminat mancing yg teramat"..

02/04/2011 (Sabtu)


Trip ini aku namakan Trip penuh perahu krn ahli komplot yg ramai berbanding dgn saiz perahu. 7 pemancing kesemuanya.. diketuai oleh brader Roy, tekongnya..abang long, aku dan 4 org kawan baru... sori bro krn tak sempat beramah mesra, walaupun hampir 10 jam bersama.. almaklumlah keadaan tidak mengizinkan...

Pemancing tegar.... bro Roy paling depan..



Perahu yg sesak... tak sempat menanya nama, namun kami mesra sbg rakan satu hobi..nanti kita mancing lagi bro..



Resort kerabat diraja sakti..


Port pancingan kami adalah sekitar Pakalangan - Menampilik, target utama ialah ikan ketambak. Hasil pancingan sebelah pagi adalah kurang, walaupun telah byk kali pindah randah.. mungkin airnya tak ngam..


Bila menghampiri jam 3.00 ptg, ketika arus mula bergerak barulah semua pemancing mula sibuk... seringkali berlaku double strike atau double hook up.. dan sering tali pancing berbelit sesama sendiri.


double hook up ketambak

Namun keseronokan menarik ikan tidak bertahan lama... apabila perahu hanyut dibawa arus ... sauh yg kecil tak berupaya menahan arus yg mula menderas & angin yg bertiup.. beberapa kali tekong cuba menjejak semula spot tersebut, tetapi gagal.. akhirnya kami kembali semula 'membangau'...


Pengajaran drp itu, dilain trip...d mana ada strike yg byk, pelampung penanda akan dilepaskan (hanya menggunakan botol mineral dan disambung tangsi dgn pemberat yg agak berat... utk memudahkan mengesan kawasan tumpuan ikan sekiranya hanyut.. barulah puas kita melayan ikan.


ikan memmol @ ketarap @ bayan

otai pancing



hasil pancingan aku dgn abang long..




03/04/2011 (Ahad )


Jam 8.00 pagi aku turun dari rumah zamri kesungai Bukit Lalang berseorang utk casting... rasmi joran casting baru, sambil menunggu rakan pancing bro Zaidy yg dalam perjalanan pulang dari mancing di Bagang inderasabah,Tawau... hampir 2 jam baling gewang, namun hasilnya 'hampeh'...hanya menerima satu misscall... tercalar jugak gewang.. air pula dah makin surut,,


Tanpa disangka... satu call dari bro Roy yg mengajak mancing... terus aku iakan saja... terlupa pulak plan dgn isteri nak pulang awal ke Tawau.. terpaksa explain panjang lebar dgn isteri... terima kasih kpd isteriku, Pn Ghirwiza krn memahami.....



Sembilang pertamaku di perairan semporna..


ikan tali pinggang... kalu lambat ditarik nescaya ia akan membenamkan kepalanya ke lumpur


Spesis yg biasa di pancing di sini...

ikan ketambak


Jam 5.00 pulang kejeti dgn hasil yg tidak seberapa... Rezeki adalah ketentuan Allah..

Apapun perancangan & persediaan yg dibuat. rezeki tetap ditangan yang esa. maka kita patut bersyukur dgn apa yg kita dpt. sabar dan besyukur adalah dua elemen utama dlm dunia memancing.. dan satu perkara yg lebih penting, kita henaklah bersedia utk kumpau walau serapi mana persediaan kita...

Selamat memancing



Wednesday, March 16, 2011

Mancing lagi... : Semporna, Sabah : 13/03/2011

Assalamualaikum... berjumpa lagi kita, tima kasih krn sudi singgah kat blog ngail ini.. blog yg memaparkan pengalamanku sbg pemancing....


Cuti sekolah baru saja bermula... plan asal mau bercuti ke lahad datu, tp terkesel last minit krn beberapa sebab... terasa lama benar dah tak mancing di L Datu ni, dengar khabar ikan putih tengaH mengamuk di laut Bangingod, Lahad Datu...

12/03/2011 (Sabtu)

Perjalanan Tawau ke Semporna mengambil masa kurang lebih 1.30 jam, kami tiba di Bubul (Rumah Zamri) pada pukul 5.30 ptg. Zamri tiada di rumah krn bertugas di luar kawasan... walaupun baru balik dari N 9.. sambung lagi di Kudat.. sekarang dengar2 khabar ke Perak pulak.. sibuk benar brader ni.. Isterinya Aiza & anak2 tlh pulang kampung pagi tadi, jadi hanya kami sekeluarga shj disini... trima kasih daun keladi kpd kedua suami isteri krn mengizinkan kami menjadikan rumahnya..rumah kami..hehehhe..


Setelah berehat sekejap, saya secara solo ke sungai berhampiran utk land based casting... terdapat beberapa pemancing yg sedang melabuh umpan dari atas jambatan.


Port ni menjadi kemestian ziarahku sekiranya bertandang ke Semporna, walaupun hasilnya hampeh... seringkali 'kumpau' aka 'mangkor'..



Dgn berbekalkan 3 ketul gewang, langkah diatur menuruni tebing ke tepi sungai... di suatu spot yg cantik gewang ku lempar.. terus dpt strike... kedengaran sorakan yeaarh!! dari geng2 pancing atas jambatan.. jeleslah tu!.. "bertuah sungguh aku hari ini", bisik hatiku... baru balingan pertama gewang terus saja dpt.. ada penonton lagi!... heheh..



Disuspekkan MJ, apabila menghampiri tebing.. bertukar pulak menjadi alu-alu... alu2 pun alu2lah...yg penting tarikan..




Alu2 mangsa gewang minnow... lupa pulak aku cap apa.. dibeli di Trg dgn harga RM16.50..



Setengah jam berikutnya berlalu tanpa ada layanan dari pemangsa... aku beredar pulang setelah mendengar azan maghrib berkumandang... esok mancing pula di laut..


Alu2 sebesar lengan tersebut telah selamat dimasak 'lohok', masakan tradisi bajau utk makan malam... alhamdulillah, cukup utk kami 5 beranak.



13/03/2011 (Ahad)

Seawal 7.00 pagi kami (bersama Brader Roy) bertolak dari rumah ke warong depan Bakhtiar utk membeli bekalan makanan, seterusnya ke rumah abang Long, seorang pesara tentera.. tekong kami hari itu..


Jam 7.30 pagi.. kami bertiga memulakan perjalanan dgn bot kayu berenjin suzuki 6hp dari pengkalan sungai airport.. target utama kali ini adalah ikan ketambak di area Pulau Menampilik..


30 minit perjalanan, kami sampai di port.. keadaan laut tenang, cuaca agak mendung.. kadangkala gerimis turun menyejukkan badan..


Ikan Memmol.. nama lainnya ketarap @ Bayan.. berumpankan udang pasar..



Bro Roy dgn Pogot @ Jebong... bahaya ikan nih...





Ikan ketarap lagi...




Abang Long.. otai pancing... dgn ketambak
Menurutnya, masa yg sesuai memancing ketambak kat sini ialah time air besar berumpankan udang..



Ikan Ketambak, spesis ikan karang.. biasanya bergerak secara berkumpulan




Kapal persiaran melintasi tempat kami mancing... port ni sibuk dgn bot2 pelancong yg ingin ke Pulau Sipadan & Mabul..




Ikan Ketambak mendominasi hasil pancingan kami, kadangkala kerisi & kerapu juga berjaya dinaikkan..



Jam 2.30 ptg kami bergerak pulang... walaupun tiada ikan yg bersaiz bagak, namun alhamdulillah.. kami dilayan dgn baik oleh penghuni dasar..


Hasil pancingan... kalau dikira ekor, byklah jugak ekornya.... kalau ikut timbangan mata mau 10 kg jugak ni... Alhamdulillah... Lain kali mancing lagi..


Terima kasih kepada Bro Roy & Abg Long ... terimakasih juga kepada isteri tercinta krn tahan melayan kerenah si tukang pancing ini & sentiasa mengambil berat serta mendoakan keselamatan suaminya...
Terimakasih juga kepada pengunjung yg sudi menghabiskan bacaan hingga ke noktah terakhir...
Berbanyak2 terimakasih kpd pengunjung yg sudi meninggalkan komen disini.... Thanks Bro...




Wednesday, March 2, 2011

Mancing di Tawau : Ahad (27.02.2011)

Dah lama tak mancing di perairan Tawau... mau 4 / 5 bulan agaknya, semenjak dua menjak ni aku hanya mancing di Semporna bersama brader Zamri & Roy...

Hari Sabtu (26.02.2011) Zamri & Roy serta keluarga masing2 dari Semporna berkunjung & bermalam d rumah..

Bila dah berkumpul... seperti biasa kaum ibu sibuk dgn plan shopingnya... kami pulak.. apa lagi, perkara yg paling seronok.. kalu bukan mancing..

Beberapa call dibuat kpd tekong2 pancing, tp malang krn kebanyakannya tlh ditempah, maklumlah hari cuti & keadaan laut ngam..

Mujurlah seorang kawan lama, bro Razak memberi beberapa nombor... dan akhirnya kompem jam 7.00 pagi esok (Ahad) bertolak dari pengkalan batu dgn bot Aswandy ( anak tekong Bedu)..




Brader Roy & Zamri... melintasi kapal2 nelayan..



Pemancing2 lain yg mencuba nasib di takat batu tohor...




Hanya ikan bersaiz telapak tangan shj yg sudi menjamah umpan




Perahu tekong Bedu dgn pemancing 1malaysia..






Perjalanan ke takat Hj Kuning, Pulau Sebatik..





GT remaja oleh brader Roy..







Keseluruhan hasil oleh 3 pemancing, walaupun tak byk, tp alhamdulillah.. Sekurang2nya kami dpt meluangkan masa dgn membuat apa yg kami suka...


Jam 2.00 ptg kami bertolak pulang..





Bandar Tawau dilihat dari laut.. perjalanan pulang mengambil masa +- 25 minit..



Sekian dulu, jumpa lagi...






Sunday, February 13, 2011

Mancing di Semporna: 4 & 5 Feb 2011

Salam semua, trip ni dah seminggu berlalu... 4 hari cuti raya cina, satu call dibuat kpd bro Roy di Semporna bertanyakan kalau ada program mancing sempena cuti yg panjang nie...


Seperti dijangka jawapan dari Roy.. "ada.. dtglah, mau mancing pagi ke... petang ke.. malam ke.. dtg je.. aku tunggu". Jawapan dari pemancing tegar.. pantang ada masa free, hayun joranlah kerjanya....


Jumaat (4 feb 2011)


11.00 pagi: bertolak ke Semporna dr Tawau bersama isteri n anak2...... jarak lebih kurang 100km..



Sampai kerumah Zamri pada jam 12.20 th... terus ke masjid berdekatan utk solat Jumaat... tanpa disangka sebaik saja selesai solat... Roy dtg mengajak "menarik".. perkataan lain bagi menunda/ trolling... ajakkan yg tak mampu kutolak.. "warming up" katanya,..krn trip sebenarnya esok (sabtu)...



Selesai aje makan tengahari, kami terus ke sungai airport.. tempat parking bot, bro Amir telah menunggu disitu...


Kerapu pertama mangsa gewang strike pro kaler hijau...



Kerapu kedua & terakhir pada petang itu....




Brother Roy & amir... perjalanan pulang selepas sesi warming up... esok baru betul2 mancing....



Sabtu (5 Feb 2011)

Seawal 6.30 pagi kami tlh bertolak dari rumah Zamri.. bertiga (Saya, Roy & Fauzi).. Bro Amir tak dpt turut serta krn "urusan Tokek" di Pulau Larapan...



Setelah sesi menunda yg tiada sambutan dari pemangsa.. hanya sekali sambaran pd lure strike pro... akibatnya satu lagi gewang terpaksa kuhadiahkan kpd ikan sebagai cenderahati... menyebabkan kami mengambil keputusan membottom pula di perairan Menampilik...


Hasil pancingan berumpankan udang pasar...


Brother dgn ikan Bayan...



Ikan Pogot?.. Jebong Afrika.. cantik ikan nie...




Jebong lebih 1 kg... disini femes dgn nama Pogot..biasanya hanya dipanggang... sedap dimakan, tarikannya juga boleh tahan.. kalau saiz begini.. syok dilayan dgn set pancingan ringan.. tapi awas dgn giginya.... kalau tidak.....



..... Berbalut jari.. hehehe..



Roy dgn Pogotnya...



Ikan apa entah....



Bro Fauzi juga berjaya menaikkan Pogot dgn koyan....


Roy & Pogot Negro...



Roy dgn kerapu..



Karang pun naik jugak...



Hasil setengah hari mancing...

Lain kali mancing lagi... bye, jumpa di lain laporan..


Related Posts with Thumbnails

Sila Klik... please !!!