Kesempatan menghadiri majlis perkahwinan anak Pakcik Hj. Taib di Kg. Bubul, Semporna yg menerima menantunya yg ke 3 (semuanya dari semenanjung - 1 Johor, 1 Puchong, 1 Putrajaya).. akanku gunakan dgn sebaik2nya....... SELAMAT PENGANTIN BARU diucapkan kpd adik An An dan pasangannya Hafiz, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.. mudah mudahan dpt anak yg ramai..
Ptg Jumaat, setelah menolong apa yg patut, aku, Zamri & anaknya Farid mencuba nasib di sungai tak tau apa namanya.... peluang utk mengasting , dptkan lesen......


Lempar, lempar & lempar lagi.... sampai lenguh bahu, lengan terasa sakit ... tak ada yg sudi mencuit... kecewa jugak.. inilah sebabnya aku tak berapa gemar mengcasting ni... aku lebih suka pasang umpan saje... lepas pasang umpan, lempar.. duduk2, menung2.. tunggu hingga pancing dimakan ikan..
Tapi sebagai angler sejati, aku patut dptkan lesen casting ni...

Tak mau mengalah dgn budak2.. aku terus mengcasting hingga petang.. malangnya satupun tarak sangkut.... mahu jugak aku hadiahkan gewangku ini pada reba-reba sebagai aksesori sbg tanda frustnya aku ni... tapi tak jadi krn hari ahad mau ke laut pulak.. boleh try lagi...
Port casting yg bagus, tapi ada buaya... 2 ekor menampakkan diri hari itu... mungkin itulah sebabnya takda ikan...
Cubaan castingku gagal lagi..... Hari Ahad cuba lagi di laut semporna bersama Zamri & Azman... Jumpa lagi dilain laporan..... bye
No comments:
Post a Comment