Followers

Friday, March 26, 2010

Seminggu di Lahad Datu - "Ngail Sokmo" - (13.03.2010 - 21.03.2010 )

Cuti sekolah dah bermula.. balik kg isteri menjadi kemestian, anak2 gembira dpt mandi laut.. bapanya pun apa kurangnya, dptle mancing.. tak dpt ikan tak pe, asalkan dpt turun pancing.. hobi yg makin menjadi2... dulu rajin jugak join main badminton dgn kawan2, tapi sekarang hayun joran je..


Sabtu (13.03.2010)

Bertolak dari Tawau jam 10.00 pagi menuju ke Lahad Datu terus ke Kg. Bangingod, Tungku.. jam 3.30 ptg sampai ke rumah.. ijang & anak2 dah sampai duluan, suaminya Zamri tak dpt pulang krn terpaksa ke Kudat seminggu urusan keje.. frust jugak aku.. bergerak secara sololah aku kali ni...

Selepas berehat kejap.. jam 4.00 ptg ke sungai Tulibas utk casting.. cubaan dptkan lesen, jeles jugak tengok blog rakan2 yg berjaya cast ikan yg bersaiz bagak2...

kali ke 3 lontaran gewangku, seekor todak telah sudi menyambar.. alhamdulillah tak rabut.. yeah!! berjaya juga akhirnya walaupun LESEN L cuma....


Todak yg bersejarah.. akanku ingat sampai bila2, sesi casting secara solo diteruskan dgn harapan pemangsa yg lebih besar pula menyusul... barulah ada ummph....

Tidak berapa lama sekali lagi gewang disambar ganas.. seeekor alu-alu meronta2 mahu melepaskan diri, keterujaan memuncak.. menyebabkan hilangnya pertimbangan , reel dikarau laju.. alu2 membalas dgn corner baring... akhirnya rabut... sekali dgn gewangku dibawa lari, dijadikan anting2.... sempat gak aku berpesan "beritahu geng2 mu, kalau mau dipasang anting2.. mai lah ramai2 kat sini"...

Ahad (14.03.2010)

Awal2 lagi dah ready, menunggu si Gabir yg berjanji memancing bersama2.. penantian satu penyeksaan.. ditambah lagi apabila melihatkan laut yg bak minyak, tenang.. nun jauh di tengah kelihatan beberapa buah perahu yg tlh beraksi ...menyebabkan seksa semakin parah.. dahlah semalam tak berapa lena tidur, teringatkan hal mancing ni... lama menunggu, sampai anak isteri dah turun ke pantai .. satu call dari Gabir diterima yg menyatakan tidak jadi mancing kerana ada "kecemasan"... petang kita mancing": katanya..

Jadi bersama anak2lah mandi manda & mencari kunau (kerangan)...

Isnin (15.03.2010)

Bersama Abg Hj. Hadjirul memancing kerisi... 3 jam memancing (7.00pg - 10.00pg)

Abg Hj. Hadjirul "otai pancing" menyediakan bot.. laut tenang..

Sebelah petang mancing lagi.. kali ini di "takat Marali", tukun buatan.. spesis diburu ialah ikan merah.. laut agak bergelora, tak sempat ambik gambar.. hanya ikan kerong2 yg kami dpt..

Selasa (16.03.2010)

Tiada aktiviti mancing hari ini.. hanya bersantai2 bersama keluarga.. ptg ke Sahabat 16 pulak kerumah Azman...



Anak2 mencari kunau.. lepastu mandi, kemudian makan...kenyang pegi mandi lagi..




Keluarga yang menyertai perkelahan hari tu..



Berehat sambil menyiapkan pancing...
Rabu (17.03.2010)
4.00 ptg - Bersama Azman & Herman memancing di perairan Sahabat 16.. keadaan laut agak bergelora.



Azman & herman


Ikan lambanak


Bersama ikan putih baby
jam 6.30 ptg - pulang.. hasil tangkapan kebanyakannya ikan kerisi..


Khamis (18.03.2010)
plan mancing di sungai sabahat dikansel... jadi masa terluang digunakan utk membawa anak2 ke pantai sahabat 16



Ain & wawa


7.00 mlm - bersama azman memancing malam, cuma berdayung krn bimbangkan enjin dipinjam "munduk" aka perompak... pulang jam 10.00 mlm tanpa apa2 hasil


Jumaat (19.03.2010)
Hari ini tiada aktiviti memancing.. bersantai bersama keluarga di Pantai Sahabat 16, esok(Petang Sabtu) bersama Azman & Baok ke "Takat Sabahat" port yg terkenal dgn spesis ikan yg bersaiz bagak.. mudah-mudahan cuacanya bagus..
Sabtu (20.03.2010)
Perancangan asal pada jam 2.00 ptg tertunda krn terdapat kebocoran pada perahu & terpaksa ditampal.. jam 4.30 ptg baru boleh bertolak... laut dah mula mengalun, angin utara dah mula bertiup... semakin jauh ke laut, semakin besar alunnya... agakkan 30 minit ke spot dituju tidak mungkin terjangkau... oleh krn cuaca & masa tidak mengizinkan, kami cuma melabuhkan pancing di Takat Meloyakan Tekak...

Azman & Baok berusaha menampal perahu yg bocor



Azman bersama ikan yg dipancingnya..
Jam 6.30 - bertolak pulang dgn hasil yg tidak seberapa dan pening2 lalat...



Ahad (21.03.2010)
Terpaksa Pulang ke Tawau, anak2 mula bersekolah esok, walaupun pujukan dari Azman yg mengajak mancing di Tambisan, "ikan merah menunggu";katanya..
Sekian dulu laporan kali ini, Insyaallah Ahad (27.03.2010) mancing bersama Raul di Perairan Tawau pulak, bye..............



1 comment:

Related Posts with Thumbnails

Sila Klik... please !!!