Followers

Thursday, October 28, 2010

Trolling Lagi..: 23 & 24 Okt 2010

Ahad (23.10.2010)


Trolling lagi... di port yg sama & ahli komplot yg sama, seawal 6.30 pagi bertiga bertolak dari rumah Zamri di Bubul ke jeti nelayan, Semporna..


Jam 7.00 pagi mula bertolak, Zamri mengambil posisi sbg botman... walaupun kebiasaan perjalanan ke port trolling mengambil masa hanya 30 minit dgn enjin 15hp, tp kerana masalah mekanikal, 1jam setengah jugak baru sampai ke destinasi...


Kelajuannya ngam2 saja utk menunda, sebaik shj melintasi Tampi-Tampi gewang hinomiya kaler pink diturunkan.. dgn tali sulam 30lb dan reel shimano catana 4000FA, dipadankan dgn joran exori medium action..


Setengah jam berlalu tanpa sambaran.. hanya sampah sarap shj yg sangkut, maklumlah melintasi perkampungan atas air yg penduduknya menjadikan laut sbg tong sampah besar mrk..

Setelah byk kali terganggu dgn sampah, akhirnya satu sambaran diterima disuspekkan drp alu-alu krn sekelip mata lure hilang dgn kesan gigitan pd tali sulam 30lb..



Gewang keramat kepala merah cap ayam terpaksa diturunkan.... memang killer gewang ni, baru 10 minit beraksi... terus disambar sang GT, begitu juga dgn gewang hinomiya hijau si Roy... memang karenz spot ni..



Double strike bro....

Aksi dgn sang GT... kelam kabut jugak dibuatnya



Lesen Reel baru..

Alu-alu mangsa Abu tormentor kaler biru..



Zamri dgn lesen gewang barunya...







Kerapu penunggu tiang...




Kerapu 2.5 kg mangsa gewang keramat... aku x pasti jenamanya, lama dah dlm simpanan..



Jam 12.00 th ke Jeti Pakalangan, anak isteri dah menunggu di sana utk acara makan2



Anak2 bermain dalam bot...



Anak dagang makan nasi dagang..



Jam 3.00 ptg sambung memancing kali ini dgn membottom berumpankan sotong pasar.. kerisi & kerapu selebar 2 /3 jari yg banyak dinaikkan..



Spesis ikan karang hasil membottom




Antara spesis kerapu yg berminat kpd sotong pasar...


Jam 4.00ptg bertolak pulang ke jeti.... hari Ahad sambung trolling lagi...




Ahad (24.10.2010)


Bertiga ( Aku, Zamri & Roy) dgn misi trolling sampai muntah.... spesis apapun tak kisah, keadaan cuaca menyebelahi kami... redup dgn angin sepoi2 bhasa..

Harapan tinggi diletakkan kpd gewang keramatku... mudah2an dptlah bapak GT kali ni...



Kelihatan ramai pemancing tradisional (memancing sambil mengharung air paras pinggang/dada) sepanjang laluan trolling kami..






Aksi pertama dari gewang hinomiya kepala merah Bro Roy yg berjaya menawan GT remaja..




Tarikan tak boleh control dari penunggu tiang...



Hasilnya kerapu 2.9 kg...




Zamri dgn GT remaja...



Roy dgn GT nya.... walaupun kelibat kawanan Gt & tenggiri meriah menyambar lumahan di spot tersebut, namun gewang kami tidak dihiraukan... sehinggalah satu tarikan kuat pada joranku... suspek utama ialah bapak GT, setelah 15 minit bertarung dgn penuh kesuspenan, akhirnya mangsa sebenar menunjukkan kelibatnya...rupa2nya sekor penyu yg tersabit gewang keramatku di kepalanya... selamat kuhadiah sbg cenderahati kpd sang penyu... Selamat tinggal gewang cap ayam kesayanganku..... setengah tahun jugak dia berkhidmat dgn cemerlang... akan ku cari penggantinya...


Hasil trolling terakhir... ikan talang vs sesudu bakau...
Jam 3.00 ptg bertolak pulang ke jeti... "We'll be back"
Sekian laporan kali ini.... jumpa lagi...

4 comments:

  1. part nasik dagang tu yg paling best tu.hehe.. puas mengail, puas jgk makan. takziah pada gewang keramat kepala merah tu...

    ReplyDelete
  2. Nasik dagang air tangan org sabah...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Sila Klik... please !!!