Followers

Monday, June 21, 2010

Mancing Lagi : Bangingod, Tunku, Lahad Datu (Ahad)

Berdua dgn Jamri menduga perairan Bangingod, Lahad Datu... Cubaan casting, trolling & bottom serta "bira-bira".

Adalah jugak hasil walaupun tak banyak.... berikut beberapa gambar yg sempat dirakam..


Anak putih hasil casting dgn sesudu besi...

Ikan lumahan hasil "bira-bira"...


Sesi trolling yg hampeh...




Bercasting dkt kelong @ bunsud..


Hasil yg dibawa pulang...
Sekian dulu... jumpa dilain laporan..bye

Wednesday, June 16, 2010

Mengasting lagi ! - Sabtu (29.05.2010)

Setelah sesi casting di Sungai Tulibas ptg semalam bersama Zamri yg "memberangsangkan".. hari ini pagi2 lagi.. dgn ahli komplot seramai 9 org (anak & isteri diangkut sekali).. harapan menggunung utk membawa hasil casting sekurang2nya 9 ekor..ngam sorang sekor...

Entah apa malangnya... air cantik, arus molek.. setelah berjam2 tiada satupun sambutan dari bawah... memang kalau tak ada rezeki...


Farikh, anak Zamri tekun mengasting... gaya seorang angler, boleh ganti ayahnya suatu masa nanti...

Setelah hampa dgn sesi casting... merambat @ menjala pula kami.... adalah juga dpt, sambil melayan kerenah anak2.


Hasil rambatan

Farikh & Along (anak sulungku)




Anak2 seronok mengutip anak ikan yg dirambat



Angah berpossing di "boggok"
Petang pulang ke rumah.... walaupun sesi casting yg kumpau...tp kami gembira seharian bersama keluarga bercasting, mandi manda, berkelah, merambat & menyambau ketam...
esok memancing pulak di laut Bangingod, tunggu laporannya.... bye...




Thursday, June 10, 2010

Casting Siakap Merah di Sungai Tulibas, Tunku, Lahad datu - Jumaat (28.05.2010)

Cuti panjang dah bermula (3 minggu).. peluang utk balik kg.. mancing, perjalanan dari Tawau ke Kg. Bangingod, Lahad Datu mengambil masa lebih kurang 4 jam... sesampai di Bangingod terus lapor diri bersama Zamri di Sungai Tulibas.. mengasting....


Siakap merah yg pertama berjaya dicasting oleh zamri...

Mangsa yg pertama setelah 5 kali cubaan...


Siakap Merah lagi... nampaknya SM galak menyambar... mungkin keadaan laut yg mula pasang menyebabkan ikan mula berkumpul di muara sungai...

Siakap Merah yg terakhir setelah lebih kurang 1 jam mengasting.... jam 6.00 ptg pulang setelah tiada lagi sambutan dari pemangsa di bawah....
Esok mengasting lagi..... tunggu dilain laporan, bye....

Tuesday, May 4, 2010

Mancing lagi ! : Perairan NAVY & Pakalangan, Semporna : Sabtu (01.05.2010)

Mancing lagi !... seharian di laut.. Alhamdulillah dpt juga hasil dibawa pulang... kalau mancing sbg sara hidup, alamat tak berasaplah dapur... kalau sbg hobi je, dah dikira dpt bonus besar....



Trip bermula seawal 6.30 pagi, bertolak dari rumah zamri (Kg. bubul).. bertiga.. singgah dkt tmn sempol ?? beli bekal.. maklumlah seharian di laut...



7.00 pagi, bertolak dari jeti nelayan semporna, Zamri sebagai botman, brother Roy sbg penunjuk arah...


Bot sedang disiapkan.. port pilihan kali ini ialah "muara navy".. dikhabarkan, pd trip yg lepas Roy tlh mendapat hasil yg lumayan disitu... Perjalanan lebih kurang 30 minit...... hampir 2 jam kami disitu dgn pancing lebih sepuluh diturunkan.. umpan yg pelbagai.. ada sotong, udang & ikan basong serta ikan tiruan..tp kosong... kumpau!!.. org sini bilang Killarr habis!!... sesi trolling juga hampeh.... memang kalau tidak ada rezeki... adat memancing.. aku arif benar ttg tu..

Pindah lagi port... kali ini dgn berhanyut di sekitar Pakalangan... alhamdulillah barulah berhasil... banyak kerisi & ketambak baby yg berjaya dinaikkan...



Antara Kerapu yg berjaya dipancing berumpankan udang yg kubawa khas dari Tawau..



Kerisi ke ikan Ketambak ni?.. aku pun Kompiuus.....





Roy dgn Ikan Pogot?... nama melayunya aku tak tau... bagus dipanggang makan dgn "putu"... kalau tak percaya... cuba try test....






Zamri dgn belangkas yg berjaya dipancingnya... hebat..hebat!.. hanya pemancing professional je yg boleh buat... tahniah bro!......




Ikan Biru yg berjaya dipancing di takat pemutus pancing... byk juga batu ladung yg kujadikan takat disitu...



Kerapu lagi



Antara hasil pancingan kami... adalah jugak..ikan kerapu, kerisi, ketambak, ikan merah, ikan biru......
Jam 6.00 ptg bertolak pulang.... antara pengajaran drp trip kali ni 1) Perahu mesti disediakan jangkar@sauh & pendayung... kalau tak anda akan hanyut & hanyut.. anda bertuah kalau enjin tidak meragam.
2) Bawak sekali payung.. kalau tidak anda akan diselar panas matahari seharian @ kesejukan kehujanan....
sekian dulu untuk kali ini... esok (Ahad) aktiviti bersama keluarga.. bersantai, berkelah, mandi manda & mancing di Jeti Pakalangan...... bye






Monday, April 12, 2010

Memancing Udang Karang : Ahad (11.04.2010)

Memancing lagi.. kali ni bersama Raul, Brother Am & Ali selaku juragan... bermula jam 9.00 pagi... spot pancing kali ini ialah Takat Batu 4, takat Bt. Payung & Muara Ice BOx...

Berikut gambar2 yg sempat dirakam....


Brother Am dgn udang karang yg berjaya dipancing

Aku bersama ikan putih baby dgn kaedah membottom berumpankan udang hidup

Brother dgn ikan putih


Raul dgn hasil pancingannya




Ikan Putih baby spesis yg banyak kami dapat selain 2 ekor pari & beberapa Kuli balai
Jam 1.30 ptg kami pulang setelah tak tahan lagi berjemur panas....
Sekian dulu laporan utk kali ini... jumpa lagi, bye....



Thursday, April 8, 2010

Santai Lagi ! : berkelah, mancing, memukat & snorkelling di Pakalangan - Ahad (04.04.2010)

Setelah semalam (Sabtu) seharian memancing dgn Zamri di Perairan Semporna... hasilnya kurang memuaskan... Hari ini bersama ahli komplot seramai 9 orang (4 dewasa, 5 anak2) ke Pakalangan utk aktiviti bersama keluarga.......

Perancangan pada awal pagi tertunda ke petang krn hujan lebat... jam 1.30 ptg bertolak dari rumah Zamri di Bubul ke Pakalangan (15 km)





Sepetang di Pakalangan bersantai.. diisi dgn acara makan2, mengcasting, membottom, memukat, mencari siput, mandi manda & baring2.....




Along.... anak yg sulung, berpossing dgn tapak sulaiman....




Hanya ikan kecil yg berjaya dipancing (bottom) setelah percubaan casting tiada sambutan



Puteri Duyung... yg telah berjaya kupancing 14 tahun yg lalu.... terima kasih umi krn memahami.. he he he....





Zamri dgn hasil snorkellingnya...




. kima & kahanga..antara kerangan yg dikutip Zamri




Hasil yg tersangkut dipukat....
Jam 6.00 ptg pulang ke Bubul krn hari dah mau malam.... Jam 9.00 mlm pulang ke Tawau.....
Sekian utk kali ini, jumpa dilain laporan.... Insyaallah hari Ahad (11.04.2010) mancing pula di Perairan Tawau bersama Raul & Brother Am... bye...




Wednesday, April 7, 2010

Mancing lagi ! : Sabtu (03.04.2010)

Yeah.. cuti dtg lagi, Jumaat(Good friday)..Sabtu & Ahad memang cuti.. kesempatan utk ke Semporna menziarahi keluarga & mancing..
Perjalanan Tawau Ke semporna lebih kurang sejam setengah (108 km).. Sampai ke rumah Zamri jam 10.00 mlm..
esok (sabtu) mancing... berdua dgn Zamri di perairan Semporna..

Perkampungan Simunul... kelihatan paras laut hampir mencecah lantai... menandakan air pasang besar tak sesuai utk mancing.. arus deras akan berlaku apabila surut nanti... tp itu bukan menjadi masalah.. yg penting dpt turunkan pancing.. itu dah kira trip yg berjaya.. teringat pulak definisi BERJAYA drp rakan blogger brother Jemohid ... aku setuju benar..


Zamri dgn ikan batu..


Hanya kerisi kecil & beberapa kerapu baby yg sudi menjamah umpan





Hasil pancingan dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 ptg.. alhamdulillah ada juga hasil..
Sekian dulu, jumpa lagi bye..



Related Posts with Thumbnails

Sila Klik... please !!!